Semporna Trip; …day 2 in Tun Sakaran Marine Park (TMTS)

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

Ohhh…tak abes lagi rupanya cerita aku tentang jalan-jalan Semporna Island kitorg. Wahh… rajin bebenar aku update blog seminggu dua nih. Maklumlah teruja nak coret-coret pasal trip cuti-cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (tetiba plak :D ). Iolls rasa mcm dah lama benar tak bercuti… iolls la yg rasa mcmtu. Errr… abaikan!

JOM dengar coret-coret aku!

Nih flash back sket our journey on day 2.

ArungHayat LodgeArung Hayat Lodge

Bergambar sebelum pulang. Ini la teratak atas air kami utk semalaman. Waktu siang takde elektrik… jd malam td beria-ia la aku amek giliran nak charge  camera, henpon etc!

.

bye_MabulBubbye Mabul Island!

.

gelagat

makLang_meGelagat masing-masing sepanjang perjalanan 2 jam. Snap-shooting tuh MESTI. Pemandangan di lautan yg sgt mengujakan. Yang tdo pon ada, yg SELFIE pon sempat gaks… aku la tuh, kehkehkeh  ;)

 

Perjalanan drp Pulau Mabul ke Pulau Bohey Dulang lebih kurang 2 jam. Dlm perjalanan kami menyinggah amek food for lunch kat Pulau Bum Bun & fuel diesel kat Semporna jetty. Kemudian barulah kitorg meneruskan perjalanan merentasi lautan ke TMTS.

 

30.3.14; 1.30pm

As told in my last posting… di sebalik outdoor hiking activity in Bohey Dulang Island, the scenery was really amazing. Subhanallah. Mcm tak percaya je… kat Malaysia ada pemandangan indah sebegini. Actually bukan tak percaya… ini ciptaan Allah yg maha besar, cuma tak caya boleh lihat depan mata sendiri. Huhuhu…😀

bohey

Pulau Bohey Dulang… lihatlah lautan berbias biru-hijau bak kristal. Subhanallah.

boheydulang

Sekitar pulau ini terdapat byk batu karang. Indahnya🙂

boheyjetty

Jetty, Taman Kima Pulau Bohey Dulang TMTS

jettyfromtop

Jetty from the top🙂

topboheyLihatlah keindahan semulajadi sekitar Bohey Dulang Island ni. Biarpon terpaksa berpecah peluh mendaki bukitnya… segalanya terubat tatkala melihat sekitarnya drp puncak ini. Macam tak caya je…!

 .

boheytopview

Bonding time at top of Bohey Dulang Island. Look there… beautiful sis😉

Selesai aktiviti menawan puncak Bohey Dulang, kami tak tunggu lama. Maklumlah masa ibarat berlalu pantas. Ia ibarat membiarkan kami hanyut dlm keindahan lautan luas Yang Maha Esa ini. Tengok jam…wahhh 1.30 ptg. Patot pon perut dah bergendang. Mendaki td dah bakar beratus kalori gaks kan…hihihi  :D

 

Kami terus ke Pulau Maiga… katanya singgah utk bergambar je. Terik matahari memang memanah rasanya. Namun, keterujaan mengatasi segalanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pulau Maiga

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di Pulau Maiga ini…bukan tempat orang bersnorkeling. Ia hanya terdapat perkampungan kecil Bajau Laut shj. Dari Bohey Dulang hanya amek masa lebih kurang 20 minit. Keterujaan mula memuncak bila bot kami semakin menghampiri.

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Exciting snap-shooting! Pantai putih dgn pasir halus mulus… memang teruja oiii😀

Pulau Maiga… masya Allah, putih melepak pantainya, air biru bak kristal. Menjejakkan kaki ke pantainya… benar-benar mempersonakan. Susah la nak cari kat Semenanjung Malaysia. Subhanallah… uolls kena pergi jejak kaki sendiri, barulah bole rasa apa yg aku rasa. Hohoho… best!

 

me_maiga

Me at Maiga Island. Yay…

we_maigaIsland

horrayyyy… seronoknya🙂

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bajau Laut kids… syiok sgt dpt gula-gula yer.

bye_maiga

Bubbye kiddo! “Kongsi-kongsi makan gula-gula tuh…” ala-ala wakil rakyat melawat tanah jajahan😉

Kami berada lebih kurang 20 minit je di sini. Cuma bergambar sekitar pantai (corner 360degree la jgk…pusing abes!). Syok-syok sendiri kitorg bergambar di dlm panas terik. Hanya Allah saja yg tahu betapa panasnya waktu tu… Tapi muka mmg nampak letih la masing-masing.

 

Kemudian terus kami ke stop pit seterusnya, Pulau Sibuan… Masa ni baru ingat nak lunch ooo, perut sudah lapar. Jam pon dh pukul 2 ptg. Adik yg bawa ktorg org ni pon dah lapar jgk sebenarnya. Katanya kami nk bbq lunch lg…!😀

 

Sibuan_bluery

Pulau Sibuan

SibuanIsland

Di Pulau Sibuan ini… antara tempat orang diving & snorkeling. Ia juga terdapat perkampungan Bajau Laut yg kecil di samping ada office TMTS yg dikawal selia oleh tentera. Dari Maiga hanya amek masa lebih kurang 15 minit je.

Sampai je kat pulau ni… kami dikehendaki melapor diri kat pejabat TMTS. Remember surat kebenaran melawat TMTS yg mesti dibawa in my last posting? Hah…sebenarnya ia adalah surat yg sama la. Our tourist guide je yg uruskan semuanya.

 

bbq_lunch

Aku mmg sejenis yg tak boleh dok diam. Sama-sama dok membakar.

lunch_sibuanIsland

luncheon_beach

BBQ lunch time! Guess what?? Aku bayangkan lunch kitorg hari ni seperti di Pulau Sapi, Kota Kinabalu. Bila sampai pulau makanan dh siap sedia, just tunggu nak makan je. Meleset sangat apa yg ada dlm fikiran aku… rupanya kitorg kena nyalakan api & start membakar ikan sbg lauk utk lunch! Uwaaa… nak nyalakan api, nak basuh ikan & bakar-bakar sume bagai amek masa about half an hour. Terik panas jugak membakar kami…!🙂

Kami dihidangkan ikan tongkol (atau bajau laut panggil “ikan kayu”) bakar, cencaru bakar & sotong bakar yg dimakan dgn nasi putih sorang sebungkus & kicap org “bajau laut”. Hah…kicap bajau laut nih ialah kicap pekat ditambah cuka, air perahan limau & cili padi ditekan/diracik-racik. Perghhh…memang mengancam rasanya. (Iolls minta maaf la… gambar tak dpt nak amek sbb masing-masing mmg terus makan tak toleh kiri kanan. Bateri camera iolls pon dh critical level, huhuhu)

 

Selesai makan, kitorg ronda-ronda sekitar pantai pulau Sibuan je. Kalo ikot program, kitorg akan bersnorkeling kat sini, tp memandangkan tak de tempat persalinan (toilet pon takde), so mmg membatalkan niat ktorg nak snorkeling. Ermm… kebanyakkan yg dtg diving/snorkeling di sini mmg dh pkai attire yg bersesuaian. Kitorg plak dtg dgn attire hiking lorrr…😀

me_sibuan

Yay.. me at Sibuan Island. Look the sea… crystal water, surely amazing underwater view!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ronda-ronda Pulau Sibuan. Cantik sangat… Subhanallah🙂

Lebih kurang pukul 4 petang, kami bergerak balik ke Semporna.. Puas hati dapat tengok sendiri keindahan pulau-pulau sekitar dgn view yang cantik-cantik, memang tak sia-sia. Selain itu kami jgk dpt melihat cara hidup kumpulan etnik Bajau Laut di situ.. Alhamdulillah. Subhanallah.

 

30.3.14; 6 p.m.

Sampai je di jetty umum Semporna, kami terus ke masjid berdekatan. Usai membersihkan diri & solat sume… kami terus bertolak balik ke Tawau. Awalnya plan nak bawa dorang ke Kg. Tampi-Tampi…tp sbb tak tau jalan & Waze application also cannot detect it, we directly went back home & having grand dinner in Tawau.

 

Grand dinner?? Yeah…orang kata kalo tak makan seafood kat Tawau kira tak lengkap lah!

grand_seafoodDinner

Jadi kakLa & me decided to bring them makan kat Restoren Seafood Tawau (Muslim). Mmg ni antara restaurant popular di Tawau.

Menu?! Hah… kitorg order ketam masak asin (telur masin), butter prawn, ikan kerapu 3 rasa, sotong goreng tepung & sayur Cangkuk Manis (or Sabah vege). Memang marvelous la… makan smpai licin. Seronok tgk maklang, paklang, sue, syida & dikyah makan lauk bertambah-tambah. Syukur😀

 

So..after that, balik & tido. Esoknya kami dah pulang ke KL.

All above…it was really amazing islands hopping trip. Seronok holiday! Hope maklang, paklang, dikyah, sue & syida were enjoying the trip too. Thanks to kakLa for having us.  Terima kasih Allah.

 

Dah abes cerita.😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on April 13, 2014, in photography, travel | kembara and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Hi…
    Salam perkenalan…
    Bestnye pegi bohey dulang… nak tanya mcm mana nak ke situ? nak booking boat kat mana? brape cost? nak ambik pass masuk pulau tu macam mana…
    byk tanya pulak… hahha

    • Hi Azreen,
      Yeah… it’s really amazing trip to bohey dulang island. Best sbb bole smpai top hill & tgk sekeliling island tuh!

      Sy contact Kembara Pulau Semporna..bole rujuk artikel day 1..sy ada link ke fb. Contact Din for best price.

      Hope it will assist.😉

  2. Kevin Steiner

    Hello I am going in Borneo in july-august. I would like to go to this island bohey dulang, it is so perfect ! can you give some informations how to go there ? thank you
    Kevin Steiner

    • Hi Kevin,
      1st of all, sorry for late response. However, I would shared a few information here for your reference.

      1) Transportation – you may driving to Bohey Dulang Island. Get your rent car, and follow direction to Semporna Town. It took 2 hours travelling from tawau to Semporna. There are a lot of direction and signboard to Semporna Jetty. It should be ok for the first timer.
      2) We were arranging our own activity and rent a boat for our small group. You may visit FB link- https://www.facebook.com/kembarapulauofficial for more inquiry. They will assist you.
      3) The most important thing is to get authorization letter to visit the TTMS island. Kindly contact the agent which is much more easier.

      TQ.

      • Kevin Steiner

        Thank you for all your informations. Just about this authorization letter to visit the TTMS island, can I ask Kembarapulau agency or where am I suppose to ask ? and can I ask just the day before the trip or it is too late ? Sorry I am have no idea🙂

      • You also can ask the tourism office at Semporna. They can help you. Sorry for late response.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: