Amali Ramadan; …Dermawan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

20.07.14; … Salam Ramadhan ke 23🙂

First of all… aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah kpd semua ahli keluarga mangsa yg terkorban dlm nahas MH17 baru-baru ini. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah Maha Besar. Al-Fatihah.

 

Huh… pejam celik pejam celik! Dah masok baki-baki malam terakhir Ramadhan. Apakah persediaan kita di penghujung bulan mulia ini?? Rasanya sekejap sahaja Ramadhan berlalu. Semoga Allah menerima segala ibadah, amalan dan doa-doa kita. Semoga kita dpt memanfaatkan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini dgn mencari Lailaturqadr. Allahuakbar.

 

Berkonsepkan “Amali Ramadhan” pada tahun nih… tak banyak yg dpt aku kongsikan. Kekangan masa dgn pelbagai urusan lain yg lebih utama, aku amat berharap ilmu yg sedikit aku kongsikan hari ni dpt memanfaatkan kita sume. Berbaki 7 hari lagi sebelum kita melangkah masok ke bulan Syawal, masih berpeluang kita utk meraih pelbagai ganjaran hebat drp Allah s.w.t. JOM… amali Ramadhan dgn sifat DERMAWAN.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., katanya, “Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. Jibrail a.s. menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Al-Quran bersama Baginda s.a.w. dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Ya sahabat sume… dermawan itu adalah sifat yg mulia. Ibadah sedekah selain dpt membantu saudara kita yg kekurangan, ia dpt membakar sifat bakhil & sombong yg bertapak dlm diri kita. Pengajaran yg dpt dimanfaatkan serba sedikit utk kita hayati:-

1) Setiap harta benda yg kita perolehi datangnya daripada Allah s.w.t. yg dipinjamkan kpd kita buat sementara utk menguruskannya.
2) Kita tdk mempunyai sebarang harta kepunyaan semasa dilahirkan termasuk seurat benang pon, malah pendengaran, penglihatan, pengetahuan dsb. Allah telah memberikan segala pancaindera yg sempurna serta akal utk kita manfaatkannya ke arah kebaikan & kebajikan.
3) Rasulullah s.a.w. yg telah dijamin Syurga masih bermati-matian bertadarus & bersedekah, apatah lagi kita umat Baginda s.a.w. yg tiada sebarang jaminan pelepasan dari azab.
4) Allah s.w.t. mencintai setiap dermawan. Namun Allah lebih mencintai org2 yg tdk berkemampuan tetap bersifat dermawan.
5) Org yg bijaksana ialah mereka yg mampu menghidu peluang memaksimakan keuntungan pulangan pelaburan mereka ketika “berurusan” dgn Allah s.w.t.

Semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan kali ini, biarpon berbaki beberapa hari je lg… dgn memperbaiki sifat bakhil & kedekut dalam diri kita. Ingatlah harta yg kita ada ini bkn milik sebenar kita, sedangkan Allah pemilik sebenar segala yg ada di bumi ini sendiri memerintahkan supaya kita menginfakkan harta tersebut. Wa’allahualam.

Semoga dgn perkongsian sedikit ini, dptlah kita melengkapkan hari2 terakhir Ramadhan kita pada tahun ini. Semoga kita istiqamah. In sya Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 20, 2014, in notes | nota and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: