Dairi Lebaran; …BFF beraya bersama~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

24.8.14; …Salam hujung Syawal😉

Rasa sekejap je, kini Syawal hampir sebulan & akan berlalu meninggalkan kita dlm tahun 1435H nih. Pelbagai peristiwa berlaku akhir2 nih…menjadikan aku lebih byk bersyukur ats segala nikmat yg Allah kurniakan. Nikmat rezeki yg melimpah-ruah, nikmat kekeluargaan yg sentiasa terikat dgn kasih sayang, nikmat persahabatan yg dipenuhi dgn warna-warni serta nikmat persaudaraan sesama muslimin & manusia.

 

Menerjah ke hujung Aidilfitri ni… tentu skali byk peristiwa makan-makan yg meriah & rioh-rendah. JOM aku kongsi cerita jalan-jalan raya penuh ukhwah dgn bff yg tersengal dgn penuh kecintaan. Cewahhh… let photos talk :) 

 

10.8.14 – Juju’s open house.

Yeah…tahun ni merupakan tahun pertama ktorg takde baraan dari rumah ke rumah spt tahun2 lalu secara berturut. Maklum la ada beberapa kekangan esp bg mereka2 yg telah bertukar status. Namun…itu tak bererti aktiviti baraan tak dpt diteruskan. Tahun ni kita tukar konsep baraan menjadi xtvt kunjung-mengunjungi secara bersama. hehehe…

Dimulakan dgn ketua baraan seumur hidop.. Juju in d’house. Tq bff juju yg sudi menjamu ktorg dgn pelbagai juadah nasi tomato, satay, roti jala, lemang (mai drp hulu klang), assorted deserts and a lot more! Mmg aku makan kasi penuh segenap perut. Bekalan utk mengurangkan makan di open house org lain. Lgpon kat rumah bff la bole makan mcm org tak reti malu kannn…kan…kan! Iolls tau…uolls pon mcm tu jgk *blueek*🙂

Juju's raya

Tengok tu..penoh meja dgn juadah raya yg yummilious. Muahhh bff Juju! Tau-tau aje satay tuh kegemaran antara beberapa bff. erkkk… sapa dia??!! Hahaha😉

Juju's yummy

Hah…depan tv lg port kitorg. Syiok makan sambil layan abg Zizan😉

Bff Lin tak dpt join makan-makan raya kt Juju’s house. Tapi kitorg dh tolong makan portion Lin daa….alhamdulillah. Kenyang sampai ke esok pagi! TQ bff Juju *muahhhh*

24.8.14 – jalan-jalan raya Bff😀

Walaupon baraan kali nih tak dpt nak berkunjung ke enstek & bangi, tp kesudian bff sue melengkapkan program berkunjung raya tahun ni. Syiok tu sbb hidangan ohsem tuan rumah betul2 mengembalikan memori spt hari raya pertama. Yay… nasi impit, rendang yg yummilious sgt menggamit selera. Ditambah lg dgn mee sup tulang yg terbaek… mmg membuatkan aku (& bff jugak) breafast like a kingkong! hahahaha… bila bersama bff, bab makan weolls mmg tak reti nak cover. Selain tuh…pecal pon ada jgk. Dan bff sue tak pernah lupa menghidangkan buah-buahan sbg pembuka/penutup selera.

 

sue's raya

Potret raya BFFwithLove! Yay… cukop korum. Meriahnya Syawal berposing sakan with monopod. Hahahaha😀

 

Bukan setakat menjamu selera…tapi kitorg dpt hadiah jugak! LoVe it so much. TQ bff Sue for the annual present. #feelexciting *wink*

raya gift

 

Then, bff berkunjung ke rumah Ain d’Bangkok member. Rasanya hampir lebih 2 tahun jgk bff tak bertemu dgn Ain. Last rasanya masa kenduri kahwin Ain di Kuantan. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki Ain menjemput kami beraya bersama dia & family. Juadah spegeti & soto tuh mmg syiokkk! TQ Ain for having us.

Ain's raya

 

After all… sempat jgk ktorg wat outdoor shooting for Hari Raya. Posing mestilah sangat SUKER! Kahkahkah…! :D 

outdoor raya bff bff outdoor raya2

 

Walaupon penuh dgn cabaran utk outdoor photography ni… Alhamdulillah, mission completed! Bff sume bajet retis..payah iolls nak setup-setting bagai. Kahkahkah…😀

 

Ok. Dah abes cerita raya #bffwithLoVe. Alhamdulillah semoga persahabatan & ukhuwah ini terus kekal hingga ke syurga. Terima kasih Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 25, 2014, in event | peristiwa, photography and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: