Monthly Archives: September 2014

MSIEA; Malaysian Steam & ICE Engineer Association

Assalamualaikum sahabat & readers~!
.
16.09.14; …happy anniversary laman web MSIEA.
Tanggal 16 Sept 2013 yg lalu… website MSIEA telah berjaya di-online-kan dgn rasminya. Dengan pelbagai usaha yg digemblengkan oleh jawatankuasa penubuhan amat dihargai. Website ini merupakan jaringan informasi kpd sume yg terlibat secara langsung atau tak dgn MSIEA. Jom terjah  http://www.msiea.org.my/
 .
 .
Apa MSIEA?
MSIEA
Perghhh… bila sebut “Malaysian Steam & Internal Combustion Engine Engineer Association” mmg gempak! Di sebalik nama MSIEA ni… sebenarnya yg lebih gempak adalah MSIEA ini merupakan pertubuhan professional yg ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan pd April 2013. Ia merupakan pertubuhan pertama yg seumpamanya di Asia Tengara. Dianggotai oleh semua pengamal dlm bidang Dandang dan Enjin Pembakaran Dalam. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dilantik sebagai Penaung MSIEA.
Bermatlamatkan utk meningkatkan pengetahuan ttg Dandang Stim (boiler), Sistem Stim & Enjin Pembakaran Dalam (ICE) melalui perkongsian & penyebaran maklumat berkaitan bidang Boiler, Enjin Diesel dan Turbine yg menjadi perhatian oleh semua jurutera stim & jurutera enjin pembakaran dalam (ICE) serta yg berkaitan dengannya.
 .
Memang besar peranan MSIEA ini utk membangunkan jurutera stim/ICE yg kompeten bagi memenuhi keperluan yg telah ditetapkan oleh JKKP.
 .
 .
Wassup?!
Dok beria-ia cerita pasal MSIEA ni… tentu skali aku nak berkongsi cerita dgn sahabat sume. Guess what?? Hahaha… 🙂
MSIEA FM0085
Alhamdulillah. Aku tak pernah sangka akan menjadi salah satu daripada sejarah dalam MSIEA. Kejayaan menjadi wanita pertama menjadi Ahli Penuh MSIEA adalah bonus.
 .
 .
Bonus??
Btw.. utk menjadi Ahli Penuh MSIEA ini, ada syarat2 kelayakan yg perlu dipenuhi. Utama skali TELAH DIPERAKUI sbg Jurutera Stim / Jurutera ICE oleh JKKP.
 .
 .
So…kemenangan utama adalah dengan izin Allah telah berjaya mendapat perakuan kebolehan Jurutera Stim oleh JKKP.
 .
Kebanyakkannya lelaki! Yer… tugas utk menjaga, mengawal & menjalankan pengoperasian boiler/ICE bukanlah 1 tugas mudah. Namun wanita juga tak terkecuali layak mendapatkan perakuan kebolehan ini sekiranya bertugas dlm bidang ini. Aku bukanlah wanita pertama yg mendapat Steam Certificate ini kat Malaysia, sekurang-kurangnya aku berharap agar kejayaan aku ini memberi inspirasi kpd wanita lain utk berjaya dlm bidang kejuruteraan. In sya Allah. Kita bersama membina kerjaya dlm bidang ini utk saling melengkapi rakan-rakan sepasukan yg lain.
 .
 .
Alhamdulillah. Aku bersyukur atas segala nikmat ini. Semoga kejayaan ini memberi manfaat kpd sahabat-sahabat di luar sana. In sya Allah.
 .
Terima kasih Allah.
…bila aku rajin menulis (“,)

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta ♥

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

16.09.14; …Salam Merdeka 31Ogos & Selamat Hari Malaysia!

Wah… boleh je la kan aku wish Merdeka skali. Yelah pd masa pembentukkan negara Malaysia inilah, negara kita betul2 telah berjaya menamatkan segala cabaran post-merdeka serta dpt memberikan kemerdekaan total kpd negeri Sabah & Sarawak.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. ats segala kenikmatan yg dpt dirasai spjg aku membesar di Malaysia. Kini 33 tahun aku melihat pelbagai pembangunan dlm negara ku yg tercinta ini. Bukan sekadar melihat dgn mata kasar…tp jgk telah mendengar dgn telinga ttg perjuangan org2 terdahulu, bakti pejuang2 & pemimpin2 serta menghayati erti sbnr kemerdekaan melalui pendidikan & pengetahuan. Tentu skali aku tak mampu nak berjuang dgn tulang 4 kerat ni, tapi segala ilmu di dada ini ada utk dikongsikan kpd nusa bangsa…dpt membantu membangunkan ekonomi negara, akan aku curahkan bakti dlm perjuangan ku sendiri.

Wah…patriotik iolls! 🙂
Malaysiaku… Di sini Lahirnya Sebuah Cinta! Sesuai la semangat aku ni dgn slogan kemerdekaan tahun ni. Buat aku sendiri…tema ini bertepatan dlm usaha memupuk sifat syukur dlm diri setiap rakyat Malaysia ats segala nikmat Allah kpd kita khususnya & negara amnya. Kita bebas melahir & membentuk jati diri serta membina kerjaya, juga bebas dgn sebarang ancaman. Hanya berbekalkan keimanan & ketaqwaan kpd Allah s.w.t. kita mampu mengatasi segala musibah & cabaran. Pelbagai onak duri melanda negara…krisis 1 per 1 membebani emosi seluruh rakyat, namun aku percaya hikmah Allah tersembunyi disebaliknya. Kemerdekaan yg kita kecapi 57 tahun ini… selain kemerdekaan lahiriah & fizikal, kita juga seharusnya memerdekakan diri dari segi rohani & mental.

Aku…
Bukanlah seorang pewira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Yay…sesuailah lirik lagu Allayarham Sudirman ini. Aku lah penyambung warisan…berjuang dgn caraku sendiri, demi cinta pd Malaysia ini. In sya Allah.

Salam kemerdekaan 31Ogos ke-57
Selamat Hari Malaysia
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

…bila aku rajin menulis (“,)

Posted via WordPress for Android

%d bloggers like this: