Di sini Lahirnya Sebuah Cinta ♥

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

16.09.14; …Salam Merdeka 31Ogos & Selamat Hari Malaysia!

Wah… boleh je la kan aku wish Merdeka skali. Yelah pd masa pembentukkan negara Malaysia inilah, negara kita betul2 telah berjaya menamatkan segala cabaran post-merdeka serta dpt memberikan kemerdekaan total kpd negeri Sabah & Sarawak.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. ats segala kenikmatan yg dpt dirasai spjg aku membesar di Malaysia. Kini 33 tahun aku melihat pelbagai pembangunan dlm negara ku yg tercinta ini. Bukan sekadar melihat dgn mata kasar…tp jgk telah mendengar dgn telinga ttg perjuangan org2 terdahulu, bakti pejuang2 & pemimpin2 serta menghayati erti sbnr kemerdekaan melalui pendidikan & pengetahuan. Tentu skali aku tak mampu nak berjuang dgn tulang 4 kerat ni, tapi segala ilmu di dada ini ada utk dikongsikan kpd nusa bangsa…dpt membantu membangunkan ekonomi negara, akan aku curahkan bakti dlm perjuangan ku sendiri.

Wah…patriotik iolls!🙂
Malaysiaku… Di sini Lahirnya Sebuah Cinta! Sesuai la semangat aku ni dgn slogan kemerdekaan tahun ni. Buat aku sendiri…tema ini bertepatan dlm usaha memupuk sifat syukur dlm diri setiap rakyat Malaysia ats segala nikmat Allah kpd kita khususnya & negara amnya. Kita bebas melahir & membentuk jati diri serta membina kerjaya, juga bebas dgn sebarang ancaman. Hanya berbekalkan keimanan & ketaqwaan kpd Allah s.w.t. kita mampu mengatasi segala musibah & cabaran. Pelbagai onak duri melanda negara…krisis 1 per 1 membebani emosi seluruh rakyat, namun aku percaya hikmah Allah tersembunyi disebaliknya. Kemerdekaan yg kita kecapi 57 tahun ini… selain kemerdekaan lahiriah & fizikal, kita juga seharusnya memerdekakan diri dari segi rohani & mental.

Aku…
Bukanlah seorang pewira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Yay…sesuailah lirik lagu Allayarham Sudirman ini. Aku lah penyambung warisan…berjuang dgn caraku sendiri, demi cinta pd Malaysia ini. In sya Allah.

Salam kemerdekaan 31Ogos ke-57
Selamat Hari Malaysia
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

…bila aku rajin menulis (“,)

Posted via WordPress for Android

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on September 16, 2014, in notes | nota. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: