Tip of Borneo Trip; …Kudat ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum sahabat & readers.

04.01.15; … Happy New Year 2015~!

Wah… dah masuk tahun masihi yg baru. Rasanya mcm masih ada misi-misi gempak yg blom sempat nak direalisasikan. Tapi hidup mesti diteruskan utk mencipta lebih byk pengalaman & kenangan. Pahit manis itu adalah asam garam kehidupan… barulah kita akan lebih menghargai. Subhanallah. So… sokseksoksekšŸ™‚

Hah… dah baca trip aku ke Tanjung Simpang Mengayau?? So mesti uolls dok tunggu apa cerita aku spjg perjalanan balik drp Kudat ke Kota KinabaluĀ kan?? Kan…??

JOM aku sambung coretan aku.

Tanjung Simpang Mengayau

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Yeah… ingat tak yg ktorg spent about 3hrs at Tip of Borneo. And…in last entry iolls lupa nak mention yg accommodation ktorg ni including breakfast ok. So lps berpenat2 posing sakan sambil menikmati pemandangan yg sungguh indah di hujung tanduk negeri Sabah… kami terus balik ke chalet utk breakfast. Perut lapar la jgk…yelah 9.00 pg kt Sabah ni rs mcm dh kul 11.00 pg. Hehehe…

Lps mkn ktorg bersiap2 utk bergerak balik. Uolls igt tak yg aku ada bgtau pagi tu takde air. Hahaha.. if uolls tak baca last entry mesti ternganga kan? Takpe…sila la baca hokey (hamboi…siap promote bagai. Patot minta komisyen kt kementerian pelancongan, hahaha…). Sambung cerita… rupanya takde air sbb ada pipe pecah kat kampong berdekatan. Seluruh kawasan takde air. Apapon masa ktorg balik drp morning walk… source air ada la sket. Boleh la buat mandi ala kadar.

SMCHahaha…uolls tgk hidangan mcm utk mkn 5org. Mee goreng Sabah. Syiok tu ada sambal cuka Sabah ni. Mmg special!

Lepas check out… ktorg singgah kat pantai tanjung simpang mengayau ni. Subhanallah… cantik sgt. Pantainya yg putih memancarkan terik matahari…nmpk shining hokey. Melihatkan lautannya… rasa mcm nak mandi laut. Tapi memandangkan ktorg xde plan nak stay lama2 kt cni…cukuplah ktorg bergambar sekitar pantai. Kakla sanggop gak basahkan kaki dgn air laut. Tak boleh tahan nak habaq mai!!!šŸ˜€

beach

Lihatlah cantiknya pantai TanjungSimpang Mengayau ni. Putih bersinar2. Tatkala melihat pantai ni… terus terlintas dlm minda aku keindahan pantai di Pulau Maiga, Semporna. Hebatnya ciptaan Allah di bumi Sabah nih. Uolls bole dtg tgk sendiri.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

selfie_seeingBerpeloh kitorg berposing kat cni… tapi posing tetap baik punyašŸ˜‰

Lps puas tangkap gambar drp pelbagai sudut… utk disimpan sbg kenangan peribadi (eceh…sila jgn meluat), kitorg meneruskan perjalanan. Mcm banyak persinggahan dlm perjalanan balik ni…maklumlah masa dlm perjalanan ke Tip of Borneo smlm mmg kami tak singgah mana2. Nak tgk sunset kan. Hehehe…

Ā .

Pekan Kudat
Alang-alang dh smpai ke sini… rugi rsnya kalo tak singgah kat pekan Kudat. Walaupon takde apa yg istimewa kerana ia merupakan pekan kecil di utara negeri Sabah ni, tapi sekurang-kurang aku boleh la canang 1 dunia yg aku dh smpai kt banyak pekan-pekan dlm negara Malaysia ni. Hehehe…

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Ā .

Kudat Town

Jetty & sekitar pekan.

Pekan Kudat tak ubah seperti pekan Semporna. Mungkin lebih kecil. Kedudukan deretan kedai pon ala-ala cowboy town. Dihujung pekan ada jetty awam utk kegunaan penduduk tempatan. Hehehe…šŸ˜€

mercu Kudat

Landmark KudatĀ -tugu peringatan sempena kemasukan negeri Sabah dlm pembentukan Malaysia 16 Sept 1963. Rakyat Sabah dahulunya berbangga dpt menyertai Malaysia. Harapnya rs bangga menjadi rakyat negara bertuah ini patutnya masih kekal dlm setiap generasi. Wahh… tetiba patriotik plak. Hahaha.

.Ā 

Hah.. just nak bgtau, Kudat pon ada airport utk penerbangan domestik. Bagaimanapon aku tak pasti sama ada airport di sini masih aktif ataupon tak. Menurut info drp rakan-rakan yg tinggal di Sabah, airportnya masih beroperasi dan hanya airlines tertentu shj yg mendarat di sini. Wal’allahualam… aku tak dpt nak cari details ttg ni. Kalo uolls ada info..sila share hokey! (Uolls bole share info pjg lebar di comment box ok… takde paksaan tau, hehehe… )

.

Rumah Panjang Kg. Bavanggazo

Lps pusing-pusing about 15-20 min sekitar pekan Kudat…ktorg meneruskan perjalanan ke arah KK. Fyi… kitorg sebenarnya berpatah balik ke arah jalan masuk tg. Simpang Mengayau sbbnya kalau drp KK kita akn jumpa simpang ke Tip of Borneo dlu. Hihi..

Slps limpas (bahasa Sabah yg bermaksud melintasi/melepasi) simpang ke Tip of Borneo td… lebih kurang 16km kitorg singgah ke Rumah Panjang Rungus di Kg.Ā Bavanggazo.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Utk pengetahuan uolls.. masyarakat utama di Kudat ini terdiri drp kaum Rungus. Mereka mmg tinggal di rumah panjang dan menjalankan aktiviti bertani, mengutip hasil hutan dan kraftangan.

SAMSUNG CAMERA PICTURESHah…bukan masuk percuma ok. RM3 utk dewasa. Byrn yg dikenakan rasanya cukup murah & berbaloi. Sbnrnya byrn yg dikenakan bukan utk mengaut keuntungan tetapi sekadar sbg sumbangan utk dana penyelenggaraan rumah pjg ini.

Ā .

So… kesempatan dpt melawat rumah pjg Rungus ni mmg menarik. Rumah pjg ni dikendalikan oleh penduduk tempatan iaitu Pn. Anges & keluarga. Uniknya rumah pjg kaum rungus ini adalah, dindingnya dibuat drp kulit kayu,sementara lantai drp buluh & atapnya drp daun nipah.Ā Ruang luar yg luas ni… menurut pn. Anges, dlm masyarakat rungus, ahli keluarga lelaki akn tdo di ruang luar ini. Sementara perempuan tdo di dlm bilik. Hehehe…

LongHouse R3

Kitorg_LHRungus

Pn. Anges memberitahu pelawat juga bole bermalam di rumah pjg ini. Homestay program gtu. Tempahan boleh dibuat terlebih dahulu. Pakej penginapan termasuk dinner & breakfast serta ada persembahan tarian pd waktu malam. Persembahan kebudayaan itu dilakukan oleh penduduk tempatan. Menarik kan?? Kalo ada peluang, aku pon nak cari pengalaman bermalam di sini.

Ā 

Ā .

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Satu rumah pjg dpt memuatkan 30 org i.e 3 person/room. Setiap bilik akan dilengkapkan dgn 3 set tilam, bantal & kelambu. Cuma tandasnya kat luar yer… dan kalo minum byk sgt mlm tu, sanggop ke nak turun keluar tgh2 malam gtu?? Hahaha…

Ā .

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Ā 

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Gelang manik… ia merupakan kemahiran kaum wanita masyarakat rungus. Pn. Agnes sendiri mahir membuat gelang manik pd usia 4 tahun. Wow… ini merupakan gelang2 yg dibuat sendiri oleh pn. Agnes utk dibeli oleh pengunjung sbg cenderahati. Harganya sgt murah… beli lah dgn niat utk menghargai bakat mereka. Sbg sumbangan kecil je utk si pembuatnyašŸ™‚

.

Gong Making Kg. Sumangkap, Matunggong

Our next destination after Kg. Bavanggazo… was Gong Factory inĀ Kg. Sumangkap. Tak jauh pon… dalam 6-7km je. Apa istimewanya kat sini?? Yeah… rata-rata penduduk Kg. Sumangkap ni mahir membuat gong.

Uniknya di negeri Sabah nih, kerajaan tempatan telah memperkenalkan program “Satu Daerah Satu Industri”. Program ini boleh dikatakan satu saluran utk membangunkan keunikan penduduk tempatan di seluruh negeri serta dpt membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui industri kecil & pelancongan. Bravo…!

Gong

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Kg. Sumangkap merupakan kampung kecil yg penduduknya rata-rata mahir membuat gong. Kerja tangan pembuatan gong ini merupakan ilham perajin* tempatan, En. Mahajab pd tahun 1968 yg merupakan penduduk di kampong ini. Wow… bukan saja kita boleh membeli gong buatan tangan di sini…tp kita boleh melihatĀ cara-cara membuat gong serta bagaimana cara utk menghasilkan bunyi yg berlainan. Awesome!šŸ˜‰

Ā .

gong_workshop

Lihatlah… inilah workshop kecil penduduk tempatan utk membuat gong. Kedudukannya di bahagian depan rumah mereka.

Ā .

The most special event was a Giant Gong!!! Yeahh…Ā tarikan utama org ramai mengunjungi kampung ini adalah utk melihat sendiri gong GERGASI.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

gong_giant

Tu dia…! Gong Gergasi ini telah dihasilkan oleh perajin gong tempatan seramai 4 orang dan siap pd Oktober 2008. Ia mengambil masa lebih kurang 5 minggu dgn size gong 20 ft height dan berat 980 kg. Gong Gergasi ini merupakan idea & dibiayai sepenuhnya oleh pihakĀ Kraftangan Malaysia. Huhuhu…šŸ™‚

Ā .

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

*perajin = orang yg pekerjaannya membuat barang-barang kerajinan atau orang yg mempunyai keterampilan berkaitan dgn kerajinan tertentu

.

Jagung Bakar di Manggaris, Kota Marudu

Lepas posing sakat kat Giant Gong… ktorg meneruskan perjalanan balik ke KK. Melimpasi kawasan jalan Manggaris ā€“ Ulu Kukut, ke arah Kota Marudu to Kota Belud, we can findĀ a lot of stalls by the road selling their local productsĀ likeĀ pisang, buah terap,Ā ubi kayu, pumpkins, sayuran, jagungĀ and even souvenirs from those little wooden stalls. And… the most interactive was the stalls yg terdapatĀ jagung bakar. Hehehe… yg buat kitorg lg tertarik adalah keunikan mereka membakar jagung itu. So ktorg tak lepas peluang utk singgah & pekena jagung bakar di Manggaris ni.

Ā .

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Look… unik cara mereka membakar jagung tuh. Caranya jagung itu dibakar secara terus di atas api yg besar. Smpai terbakar hangus kulitnya. Perghhh… terbeliak jap mata den!šŸ˜€

.Ā 

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Btw… terdapat dua jenis jagung yg dijual. Jagung pulut & jagung manis. Jagung pulut adalah yg paling popular di sini. Menurut acik yg menjual di sini, jagung pulut ini merupakan tanaman yg bermusim. Saiznya lebih kecil dan rasanya lebih berlemak.

.Ā 

jagung_ohbakar

Jagung bakar boleh dibeli dgn harga rm5/ 4pcs. Murah la… esp jagung pulut yg mmg susah nak jumpa kat semenanjung. Kitorg beli 2 tongkol jagung pulut & 2 tongkol jagung manis. Boleh la buat alas perut dlm perjalanan ke KK ni.

.Ā 

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

It’s really exciting. Our first time makan jagung pulut. Tak sabar oii…masuk je kereta, terus ngap! Yummy… jagung pulut tuh mmg sedap & berlemak. Rugi plak rasa beli 2 tongkol je jagung pulut tuh. AkuĀ recommend uolls beli jagung pulut je. Jagung manis tu kat semenanjung pon boleh dpt.

Ā .

Lepas tu…kami teruskan perjalanan. Dah tak singgah mana-mana. Until we reached at Tuaran, kitorang melencong ke Jambatan Tamparuli & Rumah Terbalik.

tamparuli_bridge

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Jambatan Tamparuli – expansion bridge! Btw… aku tak pasti yg ni ke Jambatan Tamparuli yg aku lalui pd tahun 2008. Hehehe.. apapon keadaan jambatan nih sgt menyedihkan. Ia masih menjadi kegunaan penduduk tempatan namun terdapat byk kerosakan yg boleh mengundang bahaya. Ermmm…

Ā .

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Rumah Terbalik! Kitorg tangkap gambar kat luar je lah. Ramai kot org beratur nak masuk. Disebabkan ia bukan keutamaan trip weolls kali nih…so ktorg decided utk bergambar kat luar je. HehehešŸ˜€

Ā .

And… at the end of our weekend gateway, of course kitorg tak lupa pekena seafood!

SAMSUNG CAMERA PICTURES

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Ā .

Yummy! Hehehe… kitorg dinner kat Restoren Gayang which is located about 25min from KK. Seriously ramai org kat restoren ni. Sampaikan layanan yg kurang memuaskan pd pendpt aku. So disebabkan weolls 1st timer makan kat sini… menu yg ktorg order taste so-so je. Walaupon review from others mcm best je…tp in my opinion, biasa je la! However… the price was absolutely reasonable. Recommended if uolls tau apa menu nak makan. HehehešŸ˜€

Ā .

Fuh… pjg dh aku coret-coret ni. It’s just a weekend. But it’s was really awesome trip.

Ā .

Alhamdulillah. Enjoy sangat!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

Iā€™m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on January 4, 2015, in photography, travel | kembara and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: