Monthly Archives: July 2015

Nota Lebaran; …Kecohnya Raya!

Assalamualaikum sahabat & readers~! 😊

18.7.15; …alhamdulillah #syawalbersama

🌙Sinar Ramadhan telah pergi,
Fajar Syawal terbit tinggi,
Ku ucapkan Salam Aidilfitri,
Ni nak cerita pasal raya 1bigfamili…

image

Ketupat rendang juadah tradisi,
Juga nasi impit dan kuah kacang,
Berkumpul beramai-ramai amalan kami,
Seronok tu bergambar penuh girang…

image

Dentam-dentum mercun berbunyi,
Tanda kemeriahan hari lebaran,
Kunjung-mengunjung tradisi kami,
Ziarahi sanak saudara satu kemestian…

Kami berkonvoi  berkereta-kereta,
Ketibaan dinantikan si tuan rumah,
Meriahnya kami pergi beraya,
Itu la anak cucu cicit atok latif & nenek ramlah… ❤

#syawalbersama
…bila aku rajin menulis (“,)

Salam Aidilfitri 1436H

image

Assalamualaikum sahabat & readers~! ☺

17.7.15; …Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

Ramadhan berlalu terasa hiba,
Kemeriahan terasa tika Syawal menjelma…
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya,
Maaf zahir batin tak lupa dipinta. ✌

Lemang ketupat penuh di meja,
Tak lupa juga rendang kegemaran…
Ini masa berkumpul sanak saudara,
Saling bermaafan dan berkunjung-kunjungan. 😎

Pergi berkunjung penuh kereta,
Mcmne tak Riuh seisi keluarga…
Saling bermaafan sesama kita,
Bergembira & berkasih sayang di hari mulia.

❤ Salam Aidilfitri! Semoga ukhwah kita terus terjalin.

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: