Konsert Satu Suara Volume 2 Dato’ Siti Nurhaliza

Assalamualaikum sahabat and readers~!!

7.11.15; …terpukau!

Itulah kata-kata yang mampu aku suarakan di kala ramai yang bertanya “How is the Konsert Satu Suara Dato’ Siti Nurhaliza last night?”

d'ticket

This is my very first time in live concert. The performance was really amazing. Gabungan 3 bintang hebat dalam industry seni suara ini; Dato’ Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang & Dato’ Ramli Sarip ternyata amat mengagumkan. Walaupon ketiga-tiganya berbeza genre muzik, tak sangka chemistry antara ketiga-tiga penghibur ini di atas pentas benar-benar menghasilkan magic sepanjang konsert. I loved the performance so much!

Konsert Satu Suara Volume 2… ia satu konsert yg extraordinary! Luar biasa giler! Kali ini Dato’ Siti Nurhaliza menampilkan orang lama utk bersama-sama menggegarkan pentas Panggung Sari, Istana Budaya benar-benar satu pertaruhan yang berbaloi-baloi. Terpukau aku di setiap moments. Persembahan nyanyian yg mantap… susunan lagu-lagu yg teratur benar-benar membangkitkan keterujaan.

FBStatus

It is day of 7-eleven! This was the day😉

Let’s me share the wonderful moments in the concert.

Konsert1SuaraV2

The Three Ladyengineers & the sister.

From left; Kak Azura, Mira, Ida & me😉

.

Gelagat kitorg

Berposing sakan sementara menunggu pintu-pintu Panggung Sari di buka😀

Persembahan bermula dgn nyanyian pembukaan yg memukau oleh Siti dgn lagu SENDIRI. Ternganga iolls. Then pentas digegarkan lagi dgn lagu TERBAIK BAGIMU & HATI LEBUR JADI DEBU sebuah lagu Ibu Hetty (intro utk menjemput Ibu Hetty ke pentas).

Kemudiannya Ibu Hetty Koes Endang pulak memanaskan pentas. Beliau membuka pentas dgn lagu hitsnya HADIRLAH KASIH & KASIH. Serious terpaku aku (ternganga lagi…) melihat kehebatan Ibu Hetty yg masih tinggi staminanya bila berdiri di atas pentas pd usia negara Malaysia itu. Keletahnya juga amat menghiburkan. Ketawa berdekah-dekah weolls di kerusi penonton nih. Memang dia seorang penghibur tersohor. Aku kagum!

Selepas itu, persembahan diteruskan dgn gabungan medley lagu-lagu hits Siti BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU & KESILAPANKU KEEGOANMU yg turut diberi susunan muzik baru yg lebih segar dan bertenaga oleh pengarah muzik kegemaran Siti iaitu Aubrey Suwito. Buat over-exciting tuh bila Siti masuk ke pentas betul-betul di belakang seat kitaorg. Muhahaha.. terkesima jap!

CTDK _ida_Look… terkesima kan?? Hahaha😀

.

CTDK

Serta kemudiannya persembahan nyayian berduet Siti & ibu Hetty. Bak kata Siti, “percikan kehebatan Ibu Hetty ini membuatkan Siti terpelanting kemudian bangun balik”. Hahaha… mmg superb lah! Lagak selamba ibu Hetty di atas pentas benar-benar mencuit hati. Menghangatkan lagi momentum konsert, Siti & Ibu Hetty memulakan duet medley lagu BUKAN CINTA BIASA dan PASTIKAN. Disusuli kemudian nyanyian duet lagu hits ibu Hetty pulak. Tajuk apa ntah aku pon tak ingat.

CTDK live

Seterusnya, Siti membuka kata dgn lagu KAMELIA sebagai tanda beliau mahu menjemput Papa Rock, Dato’ Ramli Sarip ke pentas.

“Gugusan hari-hari indah bersamamu Khalid Jiwa…”… menjerit segenap Panggung Sari bila Siti memulakan lagu Kamelia with her own rendition. Hahaha…

Kemudiannya, kemunculan papa rock Dato’ Ramli Sarip terus menghangatkan pentas. Seloroh beliau dgn membahasakan golongan seusia dgnnya  sebagai “orang purba” memang lawak abes. Hahaha… tak sangka aku seorang papa rock pandai jugak buat orang ketawa. Di mulai dengan nyanyian duet bersama Siti, nyata sentuhan vocal Dato’ Ramli Sarip memang tiada dua. Suaranya yang serak basah tuh… di samping gaya persembahannya yg tersendiri membuatkan iolls ternganga sekali lagi. Terpaku lagi.

Antara lagu-lagu yang memukau duet Siti & papa rock Ramli Sarip ialah DOA BUAT KEKASIH & TERATAI BUNGA INDAH. Tak lupa jugak persembahan dimeriahkan dgn duet santai lagu Rock n Roll, IT TAKES TWO. Ternyata paduan genre rock & pop kedua-duanya menghidupkan muzik Rock n Roll dipentas. Best giler habaq hang!

Kemuncak konsert ini, pentas dimeriahkan dgn persembahan bertenaga trio 3 bintang nusantara ini. LAGU RINDU (dendangan Siti) dan TEMASYA DESA GEMALAI (lagu Ramli Sarip) menutup tirai persembahan hebat malam ini. Gelagat mencuit hati ketiga-tiga bintang ini di pentas meninggalkan memori yg menggamit perasaan. Sedar tak sedar… 2 jam setengah masa telah berlalu.

Dato' Siti of the night

Overall… konsert malam ini dgn alunan lebih 22 buah lagu ia merupakan konsert yg terbaik. Gabungan pelbagai lagu-lagu hits ketiga-tiga bintang ini benar-benar menghiburkan. Kudos to Dato’ Siti Nurhaliza, ibu Hetty Koes Endang, Dato’ Ramli Sarip, SNP, Aubrey Suwito & team dan sume yg terlibat dlm menjayakan konsert berprestij ini. Thumb ups lah!

Dan yg paling istimewa sekali… it was the girls’ day out. The best friends’ gathering.

we _CTDK_

Kesanggupan menunggu Siti after the concert… Ida & Mira peminat Siti no. 1 lah!

.

Saida _ida_

Kak Saida & Ida… serupa adik-beradik kan?? Aku dah cakap dah…🙂

.

CTDK backstage

Yeah… my best snapshot for Kak Siti after more than 1 hour waiting at backstage. Hahaha😀

.

selfie CT

Serious… mcm mimpi aku dapat ajak Kak Siti selfie. Thanks😉

.

CTDK wefie

This is our best selfie dgn Kak Siti. Thanks🙂

.

we wrap

It’s a wrap of the day. Supper time😉

A best friend is not about always being together…but when a music remind you of a person, it is beyond precious.

[Zulhida Azizol Hasan]

Terima kasih Allah atas persahabatan ini. Semoga persahabatan ini berkekalan dengan rahmat Mu.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on November 10, 2015, in entertainment, event | peristiwa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: