Category Archives: photography

Azan & Rosmah; …meraikan C.I.N.T.A~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

29.02.16; …throwback majlis meraikan cinta! ♥

Alhamdulillah…finally, my beloved brother telah sah menjadi suami kpd pilihan hatinya. Kisah cinta mereka ibarat kisah cinta monyet zaman persekolahan yg menjadi kenyataan. Cehh…berbunga sgt ayat ni, bluuupppp!

Btw…just to express my happiness on their marriage. Syukur pd Allah akhirnya perhubungan yg terjalin spjg perkenalan berakhir dijinjang pelamin. Doa dgn penuh rasa syukur yg dpt dipjgkan semoga kedua-duanya dirahmati & diberkati Allah. ☺

Nak cerita pasal kenduri ni… mmg pjg berjela-jela. Cukuplah aku nak amek kesempatan utk mengucapkan millions thanks to my big family yg menjadi “org kuat” majlis. Thanks again for all hard works & contribution for this event. 😘

Persiapan kenduri kahwin ni mmg memenatkan mental & fizikal. Btol lah org kata… “org lelaki tak pernah amek ‘kisah’ pon psl persiapan kenduri”. Seriously mmg aku agreed. Senang ckp… “alahai, buat simple2 sudah”. Tapi apa yg nak dibuat tuh… mmg not in his mind at the earlier preparation stage. And iolls as event manager a.k.a responsible person in-charge kenalah gigih (maklumlah… igt senang ke nak puaskan hati sume org) to make sure everything had planned accordingly i.e. mengikut tuntutan agama, follows “do & don’t” abah & mengutamakan kemeriahan buat seisi keluarga. Aku bersyukur kerana ada mak-pak sedara sbg tempat rujukan. Malah pengalaman menganjurkan corporate events dlm organisasi tambah memudahkan aku menyalurkan idea utk persiapan & perjalanan majlis kenduri. Hehehe… #siapayangkahwinniey 😅

Apapon, JOM layan photos sekitar majlis kenduri Azan & Rosmah. The kenduri was my family’s first experience. Alhamdulillah, terlalu byk yg Allah permudahkan. 😊

.

Solemnization 12.2.16, 3.30 p.m.

Alhamdulillah… hanya dengan sekali lafaz, my youngest brother kini memikul tanggungjwb yg besar utk memimpin keluarga kecilnya sendiri.

 

wp-1456726057546.jpg

.

Reception Night 12.2.16, 8.40 p.m.

imageWe are family! 😍

imageThe Penasihat 25 percent!! Hahaha 😂

 

imageBila d’merengs on stage!! Memang penat la pengantin. Click click sana sini sinunnnnnn 😉

 

.

Reception @enstek 14.2.16, 12.30 p.m.

image
Pelamin deco by MielyDazzle (visit their ig: @mielydazzle) with concept of simple, vintage & rustic 😎

 

image
Door gift chocolate moist by Najib’s Bakery (visit their ig: @najibsbakery) was totally yummilious 😋. Berebut2 sume nak ‘tapau’ bawa balik. Hehehe…

 

wp-1456726281206.jpg

.

catsThe event 😉

.

imageThe groom boys & girls. Tq my merengs’ cousins for the commitment. Serious iolls sayang sume ketat2. 😘

 

image

image

cats1Rioh habaq ang… sbb bab posing mmg we’olls suker sangat, hukhukhuk 🙂

Our big family in pastel purple theme. Im lovin’ it!

.

imageAlhamdulillah, sahabat mama (arwah) pon hadir utk memeriahkan majlis kami. Thanks all aunties for coming. Semoga ukhwah yg terjalin kekal & diberkati Allah.

 

imageTq bff for coming. Actually sume bff dtg tapi gambar ni tak cukup korum hokey. Muahhhh xoxo to all bffwithlove mimie, sue, lin, juju & syida. Hehehe… 😂

 

.

“Barokallahu laka wa baroka alaika, Wa jama’a bainakuma fii khaiir”

wp-1456726590879.jpgAdik & Rosmah… semoga perkahwinan ini diberkati Allah & selamat berbahagia. Amin.
Selamat menempuh hidup baru 😆

Congrats & love u!😎

 

Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati dan memberikan rahmatNya ke atas majlis kami ini.

#azanrosmahbigday #azanrosmahwedding #raikancintaazanrosmah

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Nota Lebaran; …USM Reunion

Assalamualaikum sahabat & readers~!

2.8.15; … reunion aidilfitri 1436H. Alhamdulillah.

JOM..let’s photos talk 😀

Ini USM gugurl punya cerita
Kunjungan aidilfitri seantero kota
Syiok berborak bergelak ketawa
Semoga persahabatan kekal selamanya

Rumah 1b

Rumah 1a

Berkongsi kereta amalan mulia,
Inilah peluang nak bermesra-mesra,
Rumah Eagy pembuka acara,
Mee goreng, kopok lekor macam-macam la ada.

Nak kumpul skali gus memang la payah,
Maklumlah ramai yang dah ada “askar”,
Kat rumah eagy sempat la menjoyah,
Itu pon dah meriah riohnya bergambar.

.

Rumah 2a

Meriah berkunjung mula terasa,
Kami berkonvoi ke rumah kedua,
Kak Zack dah siapkan menu istimewa,
Ditambah potluck drp Chah, k.awien & Ina.

Rumah 2b

Rumah 2c

Nasi ayam special juadah utama,
Assorted desserts menggamit selera,
Hangatnya berseloroh macam dulu kala,
Perghhh… memang kami ni dah lama tak jumpa.

.

Rumah 3a

Rumah 3b

Dari Shah Alam ke Saujana Utama,
Pelan kunjungan mesra kitorang bertiga,
Syiok tu dapat jumpa akak-akak diva,
Mard, kak niza, kak izaton & kak aya semua ada…

.

Rumah 4a

Rumah 5a

Juadah di masak berkawah-kawah,
Hidangan meriah bangkitkan selera,
Pelbagai pilihan menggamit citarasa,
Sempat juga kami ke rumah Chah,
Kemudian singgah di rumah Baie pula,
Hidangan gezutt mereka pon sakan rupanya… 😀

.

Menziarahi sahabat rapatkan ukhwah,
Meraikan kemeriahan syawal mulia,
Terima kasih kepada tuan-tuan rumah,
Semoga murah rezeki kita semua.

buddies buddies1

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Dapatlah kita beraya bersama lagi.
.
.
In sya Allah. Alhamdulillah.
.
#footnote: Mostly dah 10 tahun tak jumpa dorang sume since lepas graduation. Ya Allah bila jumpa rioh rendah & havocnya masih sama. Hahaha… semoga persahabatan terjalin diberkati & dilimpahi kasih sayang Allah.
 .
Terima kasih Allah.
…bila aku rajin menulis (“,)

Nota Lebaran; …Kecohnya Raya!

Assalamualaikum sahabat & readers~! 😊

18.7.15; …alhamdulillah #syawalbersama

🌙Sinar Ramadhan telah pergi,
Fajar Syawal terbit tinggi,
Ku ucapkan Salam Aidilfitri,
Ni nak cerita pasal raya 1bigfamili…

image

Ketupat rendang juadah tradisi,
Juga nasi impit dan kuah kacang,
Berkumpul beramai-ramai amalan kami,
Seronok tu bergambar penuh girang…

image

Dentam-dentum mercun berbunyi,
Tanda kemeriahan hari lebaran,
Kunjung-mengunjung tradisi kami,
Ziarahi sanak saudara satu kemestian…

Kami berkonvoi  berkereta-kereta,
Ketibaan dinantikan si tuan rumah,
Meriahnya kami pergi beraya,
Itu la anak cucu cicit atok latif & nenek ramlah… ❤

#syawalbersama
…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: