Blog Archives

Salam Aidilfitri 1437H

Assalamualaikum sahabat & readers~!

06.07.16; Salam Aidilfitri 1437H. 😎

 

Paluan beduk bertalu-talu,

Suara takbir mula bergema,

Sayu hati Ramadhan berlalu,

Ketibaan Syawal disambut gembira.

 

Ketupat rendang penuh di meja,

Buat juadah di hari istimewa,

Salam Aidilfitri untuk semua,

Mohon ampun segala dosa.

 

Dikesempatan ini, iolls mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” to all sahabat di mana jua berada. Semoga kita dapat meraikan kemenangan berpuasa Ramadhan dgn sambutan lebaran penuh kesyukuran & bersederhana. Mohon ampun maaf zahir batin juga ats segala kekurangan & kekhilafan. Semoga Allah memberikan kita keampunan & keberkatan. Aamiin. 😊
Alhamdulillah.

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Nota Lebaran; …USM Reunion

Assalamualaikum sahabat & readers~!

2.8.15; … reunion aidilfitri 1436H. Alhamdulillah.

JOM..let’s photos talk 😀

Ini USM gugurl punya cerita
Kunjungan aidilfitri seantero kota
Syiok berborak bergelak ketawa
Semoga persahabatan kekal selamanya

Rumah 1b

Rumah 1a

Berkongsi kereta amalan mulia,
Inilah peluang nak bermesra-mesra,
Rumah Eagy pembuka acara,
Mee goreng, kopok lekor macam-macam la ada.

Nak kumpul skali gus memang la payah,
Maklumlah ramai yang dah ada “askar”,
Kat rumah eagy sempat la menjoyah,
Itu pon dah meriah riohnya bergambar.

.

Rumah 2a

Meriah berkunjung mula terasa,
Kami berkonvoi ke rumah kedua,
Kak Zack dah siapkan menu istimewa,
Ditambah potluck drp Chah, k.awien & Ina.

Rumah 2b

Rumah 2c

Nasi ayam special juadah utama,
Assorted desserts menggamit selera,
Hangatnya berseloroh macam dulu kala,
Perghhh… memang kami ni dah lama tak jumpa.

.

Rumah 3a

Rumah 3b

Dari Shah Alam ke Saujana Utama,
Pelan kunjungan mesra kitorang bertiga,
Syiok tu dapat jumpa akak-akak diva,
Mard, kak niza, kak izaton & kak aya semua ada…

.

Rumah 4a

Rumah 5a

Juadah di masak berkawah-kawah,
Hidangan meriah bangkitkan selera,
Pelbagai pilihan menggamit citarasa,
Sempat juga kami ke rumah Chah,
Kemudian singgah di rumah Baie pula,
Hidangan gezutt mereka pon sakan rupanya… 😀

.

Menziarahi sahabat rapatkan ukhwah,
Meraikan kemeriahan syawal mulia,
Terima kasih kepada tuan-tuan rumah,
Semoga murah rezeki kita semua.

buddies buddies1

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Dapatlah kita beraya bersama lagi.
.
.
In sya Allah. Alhamdulillah.
.
#footnote: Mostly dah 10 tahun tak jumpa dorang sume since lepas graduation. Ya Allah bila jumpa rioh rendah & havocnya masih sama. Hahaha… semoga persahabatan terjalin diberkati & dilimpahi kasih sayang Allah.
 .
Terima kasih Allah.
…bila aku rajin menulis (“,)

Nota Lebaran; …Kecohnya Raya!

Assalamualaikum sahabat & readers~! 😊

18.7.15; …alhamdulillah #syawalbersama

🌙Sinar Ramadhan telah pergi,
Fajar Syawal terbit tinggi,
Ku ucapkan Salam Aidilfitri,
Ni nak cerita pasal raya 1bigfamili…

image

Ketupat rendang juadah tradisi,
Juga nasi impit dan kuah kacang,
Berkumpul beramai-ramai amalan kami,
Seronok tu bergambar penuh girang…

image

Dentam-dentum mercun berbunyi,
Tanda kemeriahan hari lebaran,
Kunjung-mengunjung tradisi kami,
Ziarahi sanak saudara satu kemestian…

Kami berkonvoi  berkereta-kereta,
Ketibaan dinantikan si tuan rumah,
Meriahnya kami pergi beraya,
Itu la anak cucu cicit atok latif & nenek ramlah… ❤

#syawalbersama
…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: