Blog Archives

Amali Ramadan; …Dermawan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

20.07.14; … Salam Ramadhan ke 23 🙂

First of all… aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah kpd semua ahli keluarga mangsa yg terkorban dlm nahas MH17 baru-baru ini. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah Maha Besar. Al-Fatihah.

 

Huh… pejam celik pejam celik! Dah masok baki-baki malam terakhir Ramadhan. Apakah persediaan kita di penghujung bulan mulia ini?? Rasanya sekejap sahaja Ramadhan berlalu. Semoga Allah menerima segala ibadah, amalan dan doa-doa kita. Semoga kita dpt memanfaatkan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini dgn mencari Lailaturqadr. Allahuakbar.

 

Berkonsepkan “Amali Ramadhan” pada tahun nih… tak banyak yg dpt aku kongsikan. Kekangan masa dgn pelbagai urusan lain yg lebih utama, aku amat berharap ilmu yg sedikit aku kongsikan hari ni dpt memanfaatkan kita sume. Berbaki 7 hari lagi sebelum kita melangkah masok ke bulan Syawal, masih berpeluang kita utk meraih pelbagai ganjaran hebat drp Allah s.w.t. JOM… amali Ramadhan dgn sifat DERMAWAN.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., katanya, “Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. Jibrail a.s. menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Al-Quran bersama Baginda s.a.w. dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Ya sahabat sume… dermawan itu adalah sifat yg mulia. Ibadah sedekah selain dpt membantu saudara kita yg kekurangan, ia dpt membakar sifat bakhil & sombong yg bertapak dlm diri kita. Pengajaran yg dpt dimanfaatkan serba sedikit utk kita hayati:-

1) Setiap harta benda yg kita perolehi datangnya daripada Allah s.w.t. yg dipinjamkan kpd kita buat sementara utk menguruskannya.
2) Kita tdk mempunyai sebarang harta kepunyaan semasa dilahirkan termasuk seurat benang pon, malah pendengaran, penglihatan, pengetahuan dsb. Allah telah memberikan segala pancaindera yg sempurna serta akal utk kita manfaatkannya ke arah kebaikan & kebajikan.
3) Rasulullah s.a.w. yg telah dijamin Syurga masih bermati-matian bertadarus & bersedekah, apatah lagi kita umat Baginda s.a.w. yg tiada sebarang jaminan pelepasan dari azab.
4) Allah s.w.t. mencintai setiap dermawan. Namun Allah lebih mencintai org2 yg tdk berkemampuan tetap bersifat dermawan.
5) Org yg bijaksana ialah mereka yg mampu menghidu peluang memaksimakan keuntungan pulangan pelaburan mereka ketika “berurusan” dgn Allah s.w.t.

Semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan kali ini, biarpon berbaki beberapa hari je lg… dgn memperbaiki sifat bakhil & kedekut dalam diri kita. Ingatlah harta yg kita ada ini bkn milik sebenar kita, sedangkan Allah pemilik sebenar segala yg ada di bumi ini sendiri memerintahkan supaya kita menginfakkan harta tersebut. Wa’allahualam.

Semoga dgn perkongsian sedikit ini, dptlah kita melengkapkan hari2 terakhir Ramadhan kita pada tahun ini. Semoga kita istiqamah. In sya Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Selami Ramadan; …perjuangan dengan istiqamah

Assalamualaikum sahabat & readers~!

Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.
Dia juga menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, dia tidak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum dan menjawab,

“Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.”

Sudah banyak orang menanyakan mahu pun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam… dia bermimpi sedang berada di sebuah taman yg sangat indah. Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Dia bahkan bole merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yg sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun dia rasakan di sela-sela jarinya.

Dia tak sendiri.

Ada beberapa wanita di situ yg terlihat juga menikmati keindahan taman. Dia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yg sangat lembut.

“Assalamu’alaikum, saudariku….”

“Wa’alaikum salam. Selamat datang saudariku.”

“Terima kasih. Apakah ini syurga?”

Wanita itu tersenyum,

“Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke syurga.”

“Benarkah? Tak boleh kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”

Wanita itu tersenyum lagi,

“Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?”

“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”

“Alhamdulillah..”

Tiba-tiba jauh di ujung taman dia melihat sebuah pintu yg sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan dia melihat beberapa wanita yg berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.

“Ayuh kita ikuti mereka”,  kata wanita itu setengah berlari.

“Apa di sebalik pintu itu?”, katanya sambil mengikuti wanita itu.

“Tentu saja syurga saudariku”, larinya semakin cepat.

“Tunggu..tunggu aku..”

Dia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari.

 

Dia lalu berteriak,

“Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?”

“Sama dengan engkau saudariku.”, jawab wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu,

“Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,

“Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membezakan dengan diriku?”

 

“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”

Tubuh wanita itu telah melewati pintu. Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata,

“Sungguh sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Dia tertegun…

Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wuduk. Dia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..

 

 
16aug 2012; SUBHANALLAH. Coretan ini sekadar 1 perkongsian di akhir slot Selami Ramadan.

Kita semakin menghampiri penghujung Ramadan. Byk sudah amalan2 yg “jarang” kita lakukan, kita berusaha utk melipat-gandakannya spjg bulan mulia ini. Malahan dgn penuh keinsafan, kita mengerjakan ibadah tanpa memikirkan tentang ganjaran hebatnya. Itulah hebatnya diri kita.

 

Apakah kehebatan kita akan menghilang sesudah berakhirnya Ramadan? Sanggupkah kita menjadi rugi apabila kita berlari hingga ke depan pintu syurga, tapi tangan kita tak tercapai tombolnya? Layakkah kita bersedih tatkala melihat org lain berpusu-pusu memasuki pintu syurga itu & seterusnya meninggalkan kita? Ohhhh…

 

Dalam beribadah kita hendaklah beristiqamah…

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit.”
 

Ibadah yg wajib jgn sekali diabaikan, yg sunat diperbanyakkan ikot kemampuan. Nafsu yg sudah terkekang (spjg Ramadan), jgn dituruti lagi… teruslah bebani “kuda liar” ini dgn qiam. Jgn kita berhenti membaca al-Quran, berdoa, bertaubat, qiamullail dan bersedekah, insyaAllah… Allah akan membuka pintu2 hidayah kpd kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

Ingatlah akan firman Allah di dalam hadith qudsi yang bermaksud,

“Hai hamba-hambaKu, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku (Tuhanmu) tidak pernah jemu memberi pahala untukmu.”

Begitulah Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Allah. Oleh itu marilah kita sama-sama berazam dan menanamkan cita-cita utk beristiqamah di dlm beramal seperti bulan Ramadan. Semoga di dlm azam dan cita-cita kita itu yg dibuktikan oleh perbuatan kita akan dinilai oleh Allah s.w.t dan dgn amalan istiqamah itulah mudah-mudahan dpt meningkatkan darjat kita di sisi Tuhan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

 

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Sufyan bin Abdullah r.a. bertanya, Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu.” Rasulullah s.a.w menjawab “Katakanlah ‘Amantubillah’ (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya).”

[ HR Muslim]

 

Katakanlah (Wahai Muhammad), “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)”

[Surah Fusilat; Ayat 6]

 

Janganlah kita menyesal di akhirat nnt…
“Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati.” (moral of the story)

 

Biarpun Ramadan berlalu pergi, semangatnya biar terus mekar di hati.
Semoga memanfaat.

**buat sahabat2 & sisters yg menutup aurat spjg Ramadan ini, Alhamdulillah. Aku berdoa agar sahabat sume teros istiqamah menutup aurat. Jgnlah berputus asa. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita sume. Amin.

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

Selami Ramadan; …memburu Lailatul Qadr

Daripada Aisyah r.a: “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”.

(HR Bukhari & Muslim)

Assalamualaikum sahabat & readers~!

11aug 2012; misi mencari lailatu-Qadr.

Begitu pantas masa berlalu dan kini kita dah berada di fasa terakhir Bulan Ramadan iaitu fasa Pembebasan daripada Api Neraka. Sesungguhnya, di penghujung Ramadan inilah Rasulullah s.a.w meningkatkan amal ibadahnya lebih hebat drpd kebiasaan Baginda pd bulan-bulan lain dgn qiamullail, iktikaf dan sebagainya.

Pd 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yg cukup besar lantaran salah satu drpd malamnya merupakan malam yg lebih baik drpd 1000 bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Lailatul Qadr telah diketahui umum sbg malam yg amat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .

Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

(Al-Qadr: 1-5)

Lailatul qadr menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan. Ya Allah, Ramadan semakin meninggalkan kami. Pd sisa Ramadan yg terakhir inilah, Allah melimpahkan kasih-sayangNya kpd kita semua. Beribadah di malam itu dgn ketaatan, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya sama dgn beribadah selama 1000 bulan di waktu-waktu lain. 1000 bulan itu sama dgn 83 tahun 4 bulan. Betapa tinggi nilainya saat yg kita lalui sekarang. Malanglah kita sekiranya makin lemah dan cuai dlm melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Oh…ini utk mengingati diri aku sendiri (& kamu jugak).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(Muttafaq ‘Alaih)

Contoh yg ditinggalkan kpd kita oleh Baginda s.a.w wajar dijadikan pedoman di dlm mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Kurangkan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Inilah fenomena yg sering menghambat diri kita dewasa kini. Tidak kira sama ada ke bazar juadah utk membeli juadah berbuka, ataupon jalan-jalan membeli persiapan utk berhari raya. Ada ketikanya, kita terbuai dgn pelbagai program jual-beli hinggakan berbelanja berlebihan drp sepatotnya.

Ayuh… sama-samalah kita penuhilah malam-malam terakhir Ramadan yg menjadi rebutan para hamba-hamba Allah yg beriman dan bertaqwa dgn solat Tarawih, Tahajud, Tasbih, membaca Al-Quran, I’tiqaf, zikir, doa, istighfar dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.”

(HR. Bukhari, Muslim dan lainnya).

Sesungguhnya, Lailatul Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah sebagai ujian kpd kita dlm mencari rahmat dan cinta-Nya. Bagi mereka yg benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipat-ganda yg dijanjikan oleh Allah s.w.t. Sebaliknya bagi sesiapa yg alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dgn aktiviti persiapan hari raya yg menyibukkan hingga lalai utk beribadah dan terlupa promosi istimewa pembebasan daripada azab neraka yg dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan. Nahuzubillahiminzalik.

JOM kita berusaha melipat-gandakan ibadah kita. Sama-samalah berdoa agar kita dpt bertemu Lailatul Qadr, semoga kita mendpt keampunan Allah s.w.t ats kejahilan kita & kita mendpt rahmat pembebasan drp api neraka yg menakotkan. InsyaAllah. Wa’allahualam.

ğŸ˜Ž

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: