Blog Archives

.seLf.styLe; Cekodok Jagung

Assalamualaikum sahabat & readers~!
5.1.14; …mama’s signature dish 😉

cucur jagung 1

Cucur jagung… terlebih rajin aku masak cucur jagung utk dinner malam nih. Nape aku masak? Ohh… rindunyer kat arwah mama. Dah beberapa hari asyik ingat nk masak cucur jagung je. Bila kesempatan g pasar mlm kat Sek20 (dekat umah atok) semalam, nampak jagung manis mentah… terus beli (masa nih tak pk bila nak masak lg..)  😀
Btw… cucur jagung ni lah special menu hi-tea arwah mama. Sejak drp aku kecik… rsnya kalo teringin nak mkn cucur, inilah cucur yg arwah mama akan masak utk ktorang.
Banyak kenangan bila cerita bab cucur jagung nih.

1) arwah mama mula ajar aku masak cucur jagung ni masa skolah dlu (tak silap aku masa darjah 6…). Sejak tuh… mama slalu minta tlg aku gorengkan cucur. Adunan mama dah buat siap-siap.

2) mula-mula dlu.. .aku blaja goreng guna sudu. Leper je cucur aku. Slalu kena kutuk gak dgn my little sis. Compared dgn cucur yg mama masak, bulat-bulat & presented la kan.

3) so… arwah mama teached me how to do bulat-bulat cucur tu. Hehehe…exciting la kan masa tuh. 😉

4) tak boleh lupa… arwah mama pernah minta tlg aku masakkan cucur jagung ni pagi-pagi hari. Nak bawa bekal ke ofis utk abah & herself. Seingat aku skolah ptg masa tuh (form 1 or form 2 la time tuh…). Malas & ngantok mmg la… tp sbb cucur jagung, aku semangat gak. Actually suka main masak-masak la kan. Adunannya mama dh siapkan mlm sebelumnya. Closed case…gorengkan jer. Bulat besar pon…adunannya sedap, rasanya tetap umphhh! Hahaha 😀

5) dulu masa keje kat Johor, setiap kali nk balik KL… aku sanggop lalu ikot Machap. Motip… nak beli jagung sbb kalo ada jagung kat umah, mmg arwah mama akn masak cucur. Best…best!

6) masa bulan posa hrtu…sempat gaks aku masak cucur jagung. Arwah mama ada bg komen & share tips sket. How sweet chitchat with her that time sambil kunyah-kunyah cucur jagung.

7) hari ni…sume tuh kenangan yg aku takkan lupa. Semoga mama tenang di sana. Al-fatihah.

 

cucur jagung sedap

Resepi?! just tepong gandum, jagung manis (isinya dihiris..), bawang besar (utk rasa manis bawang), daun kuchai, telur dan sedikit hirisan chili merah & cili benggala (utk rasa pedas..). Masakan aku mmg kena ada rasa pedas sket, baru la uhmmppp (cili padi takde stock, kalo tak aku letak hirisan cili padi hokey). 

*nih yg aku masak hari nih. Kalo resepi lengkap arwah mama mesti letak isi udang (yg dicincang). Kalo ada daun kuchai kira 3/4 lengkap la, hehehe. Ada kala aku masak apa yg ada je, yang penting ada jagung. Kalo cenggtu, arwah mama kata, “kalo tak cukop bahan, mcm masak cucur bodo-bodo jelah” 😉

 

Alhamdulillah. Dap..dapnyer makan seisi keluarga *yummy*

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Tawau; …misi hujung tahun~!

Assalamualaikum sahabat & readers ♡

30dec 2013; …mission completed!

Hahaha…mcm gempak je kan. Btw…it was a short trip to Tawau with my beloved cousin, kakLa. Just 2 of us spent weekend 2D1N with jalan-jalan kt Tawau town. Tp.. .kami ada misi. Mcm misi ala-ala “Nora Zain d’ secret agent”. Wahh… gempak kan,kan… Hehehe 😉

Apapon… this was 1st time kakLa jejak kaki kat Tawau. Aku plak…dh berpuluh2 kaki menjejak di bumi Tawau. Puas gaks ktorg pusing-pusing sekitar tawau. Short trip…so apa yg best?! Guess what…… (=○.○=)

.
.
.
.
.
.

image

Jalan-jalan cari makan lah!

Day1
Once arrived, lps amek kereta…ktorg start pusing-pusing. Sbb dpt free breakfast meal kt dlm Airasia flight (weolls took 1st flight to tawau at 7.15am).. jd perut kenyang lg. Btw…thanks to tuan yg kasi ktorg breakfast dlm flight (chicken mayo sandwich 2boxes ok… dapat sorang 1).

Lunch break about 2.30pm. Mcm dh petang kat Tawau…aku bw kakLa ke Indo Cafe. Special kt cni – sup payau! Tp kali ni aku dpt bhgn tulang.. so daging tu tak terasa sgt. KakLa? Hahaha…die rs sket je. Hoho.

Lpstu check-in hotel. A lot hotel kat Tawau ni. So tak kisah nk walk in je mcm ktorg. Aku dh biasa…dh tau hotel mana yg convinient nak stay. Rate so-so ok. At last we decided Shervinton boutique hotel. Rate on Sunday for standard room for 2 is rm118 nett c/w breakfast. Hokey..done! Masok lepak…tdo! Sbb pagi td bgn awl kot…masing2 ngantok sementara nk tggu mlm. Hahaha. 😀

Dinner lepak kat tepi laut. Apa nama kedai aku tak pasti. Tp mmg kalo aku dtg Tawau..colleagues aku suka bw mkn kt cni. Butter prawn kat cni best. Sbb rsnya mcm kenyang lg. Kitorg mkn goreng pisang cheese je & minum juice buah. Aku order kelapa blend. Best! *wink*

Borak-borak drp jam 7pm sampai 9pm kat kedai mkn ni. Perghh..mcm tak caya je. Dh lama tak jupe kot. Or…ktorg baru dpt quality time, huhu.. then, sbb mlm takde aktiviti kt cni, balik hotel..sambung lepak sambil tgk year end movie “anaconda 3” kt tv3. Layannnnn…

Day 2
Kick off dgn bermalas-malasan – masing2 tggu sapa nk mandi dlu, kahkahkah.  Demi misi rahsia kitorg, gigih! Mcm biasa…jalan-jalan cari makan jgk!

Breakfast kat hotel je.
Lunch break…hah dah pusing2 bandar Tawau nih, kul 12.30pm dh rasa lapar. Jom pekena sup Maskur. Hah…kalo dh smpai Tawau, rugi tak rasa sop maskur. Ni resepi turun temurun keluarga maskur. Again…ktorg makan sup!

Lpstu…hi tea break plak. Slps meredah panas terik kt cni, aku bawa kakLa lepak kat ‘pasar gantung’ depan MarcoPolo hotel. Ni mmg tempat femes kt Tawau ni. Apa yg syiok cni?! Hrni aku pilih goreng pisang rm1 & sayap ayam. Hah…goreng pisang sehengget tuh pon tak abes ktorg makan (so bole bayangkan banyak mcmne erk sehengget tuh). Sayap ayam plak…aku order so-so utk ktorg berdua. Special sayap ayam ni ialah sos kicap pedas tuh. Mmg unik. Kat semenanjung ni tak jupe rasa yg mcm kat Tawau. Hehehe…

Dingdongdingdong… dh abes seharian ktorg kat cni.

Tq kpd sume yg membantu menjadikan misi ktorg ni berjaya.

Airasia last flight…mmg delayed about 45mins. Ermm…lepak kepenatan kt airport & dlm flight tdo ajer. Smpai dh jam 12.35midnite td. Alhamdulillah.

Enjoy my year end trip with kakLa ♡♥

…bila aku rajin menulis(“,)
Posted via WordPress for Android

Hiasi Ramadan; …ohh sahur lagi~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

26july 2013; …salam 17 Ramadan 1434H.

Alhamdulillah, sedar tak sedar…hari nih ialah hari Nuzul Quran.

Tahukah apakah peristiwa Nuzul Quran nih? Just a brief sharing on Nuzul Quran… Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada kita umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yg mula-mula diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

 

Hah… itu peristiwa Nuzul Quran. Jom aku share plak peristiwa aku outstation di Keningau, Sabah minggu nih (21-24 July 2013) …cerita apa erk?!

Let’s photos talk…

 

berbuka_1

Hari Sabtu (20/7/2013)… ni la masa nak masak2 utk berbuka. Maklumlah… kalo weekdays mmg tak sempat kot nak balik umah & masak utk berbuka. Tukar selera la bila weekend.

Lauk apa? cer teka…sume tuh lauk favorite! huhu…betol2 mood rajin kan?? hikhikhik 😀

.

outstation

Outstation mood now is switch on~!

Bertuah punya anak kan… aku dok pk “apalah mama & abah nak bersahur masa aku away from home nnt?!” 😉

.

.

.

TAPI…

.

.

.

sahur_lagi2

Nasi goreng JUTA (sempena nama hotel Juta, tempat aku dok kat Keningau nih)

.sahur_lagi3Nasi goreng kampong

.

Rupanya aku yang sempot bila hari-hari bersahur di Keningau dgn menu NASI GORENG! Perghh… aku dok sibok tanya, “Boleh tak saya nak order menu lain utk bersahur?”… respon “maaf cik, kami hanya sediakan 5 menu ini sahaja utk mkn lewat malam (i.e. bersahor la) di sini”. Aiyakkkkk 😮

.

Apa 5 menu tuh? 

Nasi putih + ayam goreng kunyit

Nasi putih + filet ikan masak sweet sour

Nasi putih + daging balck pepper

Nasi goreng JUTA

Nasi goreng kampong

.

Rezeki masing-masing la kan. Hehe… walaupon semua nya menu nasi… aku bersyukur. Ada juga makanan nak dijamah utk bersahur.

Mama & abah?! Alhamdulillah… mereka tetap bersahur seperti biasa. Adalah cerita nya…biarlah rahsia kami sekeluarga.

What I can say in 1 word… Kelakarlah!  😀

This was my first time berpuasa di East Malaysia. Slalunya aku cuba utk planning visit agar aku tak payah outstation jauh2 drp family in Ramadan…but this year mmg tak bole dielakkan. Syiok tuh masa pergi.. bersahur lewat tapi berbuka awal (awal sejam tuh uoll…). Masa balik plak… bersahur awal (jam 3.30 pagi dah makan…) tapi berbuka lewat… uwaaa, kena tahan lah! 😀

Alhamdulillah…everything dalam perlindungan & izin Allah s.w.t.

 

Hari nih…public holiday! So… aku masak-masak utk berbuka puasa. Yummy… yang penting happy fasting 😉

berbuka

Today’s menu was requested by my beloved mama  🙂

Macaroni goreng, sup sayur patola & ikan masak berlada…  & mmg tak kluar ke pasar juadah pon hari ni.

Semoga ibadah puasa kita mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selamat menjalani ibadah berpuasa hingga ke hujung Ramadan semua… amin.

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: