Blog Archives

Hiasi Ramadan; …ohh sahur lagi~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

26july 2013; …salam 17 Ramadan 1434H.

Alhamdulillah, sedar tak sedar…hari nih ialah hari Nuzul Quran.

Tahukah apakah peristiwa Nuzul Quran nih? Just a brief sharing on Nuzul Quran… Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada kita umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yg mula-mula diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

 

Hah… itu peristiwa Nuzul Quran. Jom aku share plak peristiwa aku outstation di Keningau, Sabah minggu nih (21-24 July 2013) …cerita apa erk?!

Let’s photos talk…

 

berbuka_1

Hari Sabtu (20/7/2013)… ni la masa nak masak2 utk berbuka. Maklumlah… kalo weekdays mmg tak sempat kot nak balik umah & masak utk berbuka. Tukar selera la bila weekend.

Lauk apa? cer teka…sume tuh lauk favorite! huhu…betol2 mood rajin kan?? hikhikhik 😀

.

outstation

Outstation mood now is switch on~!

Bertuah punya anak kan… aku dok pk “apalah mama & abah nak bersahur masa aku away from home nnt?!” 😉

.

.

.

TAPI…

.

.

.

sahur_lagi2

Nasi goreng JUTA (sempena nama hotel Juta, tempat aku dok kat Keningau nih)

.sahur_lagi3Nasi goreng kampong

.

Rupanya aku yang sempot bila hari-hari bersahur di Keningau dgn menu NASI GORENG! Perghh… aku dok sibok tanya, “Boleh tak saya nak order menu lain utk bersahur?”… respon “maaf cik, kami hanya sediakan 5 menu ini sahaja utk mkn lewat malam (i.e. bersahor la) di sini”. Aiyakkkkk 😮

.

Apa 5 menu tuh? 

Nasi putih + ayam goreng kunyit

Nasi putih + filet ikan masak sweet sour

Nasi putih + daging balck pepper

Nasi goreng JUTA

Nasi goreng kampong

.

Rezeki masing-masing la kan. Hehe… walaupon semua nya menu nasi… aku bersyukur. Ada juga makanan nak dijamah utk bersahur.

Mama & abah?! Alhamdulillah… mereka tetap bersahur seperti biasa. Adalah cerita nya…biarlah rahsia kami sekeluarga.

What I can say in 1 word… Kelakarlah!  😀

This was my first time berpuasa di East Malaysia. Slalunya aku cuba utk planning visit agar aku tak payah outstation jauh2 drp family in Ramadan…but this year mmg tak bole dielakkan. Syiok tuh masa pergi.. bersahur lewat tapi berbuka awal (awal sejam tuh uoll…). Masa balik plak… bersahur awal (jam 3.30 pagi dah makan…) tapi berbuka lewat… uwaaa, kena tahan lah! 😀

Alhamdulillah…everything dalam perlindungan & izin Allah s.w.t.

 

Hari nih…public holiday! So… aku masak-masak utk berbuka puasa. Yummy… yang penting happy fasting 😉

berbuka

Today’s menu was requested by my beloved mama  🙂

Macaroni goreng, sup sayur patola & ikan masak berlada…  & mmg tak kluar ke pasar juadah pon hari ni.

Semoga ibadah puasa kita mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selamat menjalani ibadah berpuasa hingga ke hujung Ramadan semua… amin.

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Selami Ramadan; … pengisytiharan Iqra’

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

6aug 2012; Salam Nuzul Quran 😉

Alhamdulillah, kita bertemu lagi dlm edisi Selami Ramadan. Kala aku menaip bait-bait coretan, tentu korang sume sedang sibok bersahur. Sahur – amalan sunat puasa yg sering dipandang ringan oleh ramai org kerana terlalu sygkan bantal & buaian mimpi indah. Ayuhlah… hadith riwayat Bukhari & Muslim ada menyebut, “makanlah sahur, sesungguhnya sahur itu berkat.”

 

17 Ramadan, Nuzul Quran… ada dlm kalangan kita di M’sia menikmati public holiday (tapi TIDAK bg aku…jap lg nak bersiap pegi keje). Sama ada cuti ataupon tak, itu bukan keutamaan dlm penghayatan Ramadan.

Keutamaannya, membaca al-Quran adalah satu amalan yg amat digalakkan bagi seorg Islam. Ini ialah kerana al-Quran ialah kitab Hidayah dari Allah yg diturunkan bagi menjawab doa yg kita ulang-ulangkan di dlm surah al-Fatihah:

 

“ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.”  (surah al-Fatihah: 6)

 

maka di jawab oleh Allah:

Alif, Lam, Mim. Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”  (surah al-Baqarah: 1-2)

 
Al-Quran ialah Wahyu suci yg diturunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w pd bulan Ramadan di Gua Hira’ merupakan titik tolak penting dlm sejarah umat manusia. Wahyu yg bermula dgn menyuruh manusia membaca, “Iqra’” mempunyai makna yg mendalam. Kita maklum bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah di bulan Ramadan. Para ahli sirah menerangkan bahawa pd 1 malam di bulan Ramadan, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bertahannuth di gua Hira’ turun malaikat Jibrail menyuruh baginda membaca.

 

Pd malam penurunan ayat-ayat awal surah al-Alaq ini, Allah membuat hubungan secara langsung dgn seorang manusia di bumi. Pd malam ini, Allah memberi perhatian terhadap manusia. Pd malam ini, bumi disirami dgn kalimah Allah. Peristiwa besar ini membawa perubahan yg besar kpd kehidupan manusia & dunia. Ia menjadi titik tolak di mana manusia lg sekali diseru kembali utk melihat kpd Allah sebagai sumber hidayah i.e. sumber peraturan kehidupan. Para sahabat Nabi s.a.w tahu bahawa inilah saja tempat mereka mengambil sumber utk setiap hukum, peraturan atau cara hidup yg mereka akan jalani.

 

Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur.

“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.

(Surah al- Isra’: ayat 106)

 

Di sisi Allah, faktor atau dimensi masa tak mempunyai apa-apa makna kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Meliputi. Namun, bagi kita makhluknya yg kerdil, tempoh masa tersebut begitu penting. Sepanjang tempoh tersebutlah kita merasa begitu istimewa kerana kita mempunyai saluran yg langsung kepada/daripada Allah melalui Rasul-Nya.

 

Imbas kembali sebelum peristiwa malam tersebut, dunia tenggelam dlm kegelapan. Tamadun Yunani, Rom dan Parsi berada di ambang keruntuhan. Tamaddun Mesir dan Mesopotamia hanya tinggal kesan sejarah. Tamadun China dan India juga sedang berada di jurang kemusnahan.

 

Peristiwa malam tersebut merubah sejarah umat manusia. Tiba-tiba Allah memberikan cahaya kpd alam semesta, memilih Nabi-Nya dari kalangan bangsa Arab. Orang Arab yg asalnya tak bertamaddun, menyembah berhala, menanam anak perempuan hidup-hidup, kaki judi, kaki perempuan dan kaki arak. Bertenung nasib dan menindas yg lemah adalah budaya seharian mereka. Tetapi setelah mereka menerima siraman cahaya ayat-ayat yg diturunkan sedikit demi sedikit, mereka berubah menjadi orang yg paling mulia, paling bertamaddun sehingga menjadi pemimpin empayar yg meliputi 2/3 dunia.

 

Iqra’” yg diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi nafas baru kpd mereka, memberi semangat waja kpd mereka, memacu mereka menjadi pemimpin dunia.

 

Bermula dari pengisytiharan “Iqra’” oleh Jibrail pd malam yg penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah. Bahkan, byk kemajuan kini dlm pelbagai bidang sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya boleh dikesan sebagai bersumber drpd usaha-usaha awal umat Islam yg digerakkan oleh wahyu pertama, “Iqra’“.

 

“Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (anatra haq dan batil).”

(surah Al-Baqarah: 185)

 

Marilah kita mengambil semangat dari gugahan “Iqra'” ini dgn kita memacu diri kita ke hadapan, menjalankan perintah-Nya dan membela agamaNya agar kita dpt mengembalikan tamadun yg gemilang.

 

Di mana kita nak bermula?
Kita boleh mulakan dgn diri kita. Marilah kita sama-sama membuat tekad dan azam utk membaca al-Quran – Wahyu Ilahi ini setiap hari sama ada di dlm atau di luar bulan Ramadan. Kita juga akan berusaha memahami kalimah Allah ini melalui terjemahan, tafsir atau kuliah dan majlis Ilmu serta berusaha beramal dan menghayatinya. Utk mendapatkan kesan terbaik dari bacaan al-Quran, kita ikutilah adab-adab membaca al-Quran dan penuh dgn keyakinan, semoga Allah merahmati kita.

Adalah amat digalakkan jika kita boleh mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali di bulan Ramadan. Dan alangkah baiknya jika budaya al-Quran ini boleh diteruskan pd bila-bila masa jua.

Alangkah ruginya kita jika kita boleh menghabiskan berpuluh-puluh mukasurat suratkhabar, majalah hiburan dan novel tapi kita enggan menjamah dan membaca beberapa potong ayat al-Quran.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.”

(surah al-Alaq:1-4)

Semoga Allah memberi kekuatan bagi kita untuk mengikuti tuntutan kita untuk berdampingan dengan al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini. 🙂

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

Kisah Ketika Tangan dan Kaki Berkata

Ketika Tangan dan Kaki Berkata

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab, tiba

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
HambaMu
Yang hina

 

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

12june 2012; masih demam EURO 2012? 😆

Cerita hangat masih tentang football EURO yg sdg berlangsung skrg. Tapi kehangatannya pada aku tak mcm World Cup fever. Dan…aku tetap menjadi diri aku sendiri.

Lama rasanya aku tak mencoret tentang kerohanian. Takot juga bila jiwa rohani ini semakin merundum ke belakang. Yang sebenarnya eloklah kita membawa jiwa rohani ini seiringin dgn jasmani kita agar setiap langkah yg kita aturkan tak akan tersasar drpd landasannya.

 

Bila aku bermuhasabah diri, membelek2 nota dan rujukan ttg ilmu jiwa ini… aku terjumpa lirik lagu di atas nih. Di saat aku mencoret ini, adalah ketika aku terimbas kenangan mendengar kak Nora menyanyikannya secara live di Konvensyen Bidadari Dunia pd 25 March 2012 yg lalu. Subahanallah. Bukan kelunakkan suara kak Nora yg menerjah ke telinga aku, tapi lirik lagu yg dilontarkan oleh lidahnya benar-benar menusuk jiwa raga aku. Kekuatan spiritual di setiap liriknya benar-benar meluluhkan perasaan aku di kala pertama kali mendengarnya.

 

And guess what?! Aku tentu skali tak akan berhenti di waktu itu. Memang dah aku mcm tu…so, I work hard to find the song. 1stly aku ingat nih lagu terbaru kak Nora (maklumlah kata album baru “the voice of ummi” nk dipasarkan)…tapi rupa-rupanya aku silap.

Lagu Ketika Tangan dan Kaki Berkata ini adalah lagu lama. Dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia. Aku sendiri pon tak kenal. Wah…aku kagum dgn penulisan liriknya yg bersahaja. Penghayatan penulis lirik ini terhadap Pengadilan Hari Akhirat sungguh sensitif dan extraordinary. Aku tak sangka sedemikian mendalam penghayatannya terhadap makna pengadilan di hari kiamat kelak hanya dengan sebaris ayat dalam surah Yaasin. MasyaAllah.

 

“Lirik yang dibuat Taufiq Ismail adalah satu-satunya lirik dahsyat sepanjang karier, yang menggetarkan sekujur tubuh saya. Ada kekuatan misteri yang tersimpan dalam lirik itu. Liriknya benar-benar mencekam dan menggetarkan.”

[Kata-kata Penyanyi Chrisye dalam Sebuah Memoar Musikal 2007 oleh Alberthiene Endah]

“Saya mendapatkan ilham lirik itu dari Surat Yasin ayat 65…” [Taufiq Ismail, Penulis Lirik]

 

Aku? Sesungguhnya kita semua sedar setiap amalan yg kita lakukan di dunia ini akan dihisab di akhirat nnt. Allah melihat akan setiap perbuatan kita dan Allah maha Mengetahui tiap-tiap yang nyata dan tersembunyi.

 

“Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.”

[Nur:64]

Aku mengingatkan diri aku (& kamu jugak), kita mestilah menjaga akhlak, tingkah laku dan perkataan kita. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yg sentiasa mendapat keampunan & hidayah Allah.

😎

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: