Blog Archives

Amali Ramadan; …doa malam Lailatul Qadar

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

22.7.14; …Salam malam-malam terakhir Ramadhan 1435H.

Hanya sekadar perkongsian utk mengingatkan aku (& kamu jugak).

“Ya Allah… bulan Ramadhan yg mulia ini semakin menghimpit ke penghujung. Rindu pd malam-malam yg penuh rahmat telah mula menjejaki hati ku. Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, kedua ibubapaku, adik-adikku, kaum kerabatku, guru-guru & sahabat-sahabatku serta saudara-saudara muslimin ku sekaliannya. Jadikanlah kami hambaMu yg mendpt keampunan & rahmat utk terus istiqamah selepas Ramadhan yg mulia ini meninggalkan kami. Amin.”

Salam Lailatulqadr sume ♥
…bila aku rajin menulis (“,)

Post via WordPress for Android

Advertisements

Amali Ramadan; …Dermawan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

20.07.14; … Salam Ramadhan ke 23 🙂

First of all… aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah kpd semua ahli keluarga mangsa yg terkorban dlm nahas MH17 baru-baru ini. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah Maha Besar. Al-Fatihah.

 

Huh… pejam celik pejam celik! Dah masok baki-baki malam terakhir Ramadhan. Apakah persediaan kita di penghujung bulan mulia ini?? Rasanya sekejap sahaja Ramadhan berlalu. Semoga Allah menerima segala ibadah, amalan dan doa-doa kita. Semoga kita dpt memanfaatkan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini dgn mencari Lailaturqadr. Allahuakbar.

 

Berkonsepkan “Amali Ramadhan” pada tahun nih… tak banyak yg dpt aku kongsikan. Kekangan masa dgn pelbagai urusan lain yg lebih utama, aku amat berharap ilmu yg sedikit aku kongsikan hari ni dpt memanfaatkan kita sume. Berbaki 7 hari lagi sebelum kita melangkah masok ke bulan Syawal, masih berpeluang kita utk meraih pelbagai ganjaran hebat drp Allah s.w.t. JOM… amali Ramadhan dgn sifat DERMAWAN.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., katanya, “Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. Jibrail a.s. menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Al-Quran bersama Baginda s.a.w. dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Ya sahabat sume… dermawan itu adalah sifat yg mulia. Ibadah sedekah selain dpt membantu saudara kita yg kekurangan, ia dpt membakar sifat bakhil & sombong yg bertapak dlm diri kita. Pengajaran yg dpt dimanfaatkan serba sedikit utk kita hayati:-

1) Setiap harta benda yg kita perolehi datangnya daripada Allah s.w.t. yg dipinjamkan kpd kita buat sementara utk menguruskannya.
2) Kita tdk mempunyai sebarang harta kepunyaan semasa dilahirkan termasuk seurat benang pon, malah pendengaran, penglihatan, pengetahuan dsb. Allah telah memberikan segala pancaindera yg sempurna serta akal utk kita manfaatkannya ke arah kebaikan & kebajikan.
3) Rasulullah s.a.w. yg telah dijamin Syurga masih bermati-matian bertadarus & bersedekah, apatah lagi kita umat Baginda s.a.w. yg tiada sebarang jaminan pelepasan dari azab.
4) Allah s.w.t. mencintai setiap dermawan. Namun Allah lebih mencintai org2 yg tdk berkemampuan tetap bersifat dermawan.
5) Org yg bijaksana ialah mereka yg mampu menghidu peluang memaksimakan keuntungan pulangan pelaburan mereka ketika “berurusan” dgn Allah s.w.t.

Semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan kali ini, biarpon berbaki beberapa hari je lg… dgn memperbaiki sifat bakhil & kedekut dalam diri kita. Ingatlah harta yg kita ada ini bkn milik sebenar kita, sedangkan Allah pemilik sebenar segala yg ada di bumi ini sendiri memerintahkan supaya kita menginfakkan harta tersebut. Wa’allahualam.

Semoga dgn perkongsian sedikit ini, dptlah kita melengkapkan hari2 terakhir Ramadhan kita pada tahun ini. Semoga kita istiqamah. In sya Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

Sempoi raya; …potret Aidilfitri

Assalamualaikum sahabat & readers.

 

12aug 2013; …syawal belum abes lagi!!! 😀

 

raya1434H1

 

raya1434H8

Takbir bergema di hari raya,
Saling bermaafan sesama kita,
Salam aidilfitri untuk semua,
Ingatan tulus ikhlas daripada kami sekeluarga.

.

raya1434H4

raya1434H3

Si gadis cantik ber”shawl” panjang,
Si pemuda tampan bersongkok di kepala,
Lontong, nasi impit dan juga rendang,
Juadah favorite di pagi hari raya.

.

Tua muda semuanya bergembira,
Senyuman manis berseri-seri,
Kunjungan aidilfitri ke rumah Asha,
Sebab selang sejengkal daripada umah atok kami.

.

raya1434H5

Persiapan raya bagai nak gila,
maklumla setahun sekali nak berbelanja,
berabis takpe asalkan bergaya…
Seronoknya berkumpul sanak saudara,
Depan camera rancak berposing nya,
Share kat WhatApps, abes jeles aku dibuatnya.

.

raya1434H6

raya1434H7

Ramadan berlalu pasti dirindui,
Syawal diraikan penuh warna-warni,
Ziarah menziarahi amalan tradisi,
Seronok tuh sebab berkonvoi 1 big Famili.

.

raya1434H9

Berdentum-dentum mercun berbunyi,
Tanda kemeriahan di aidilfitri,
Walaupon raya ke2, adik tak dapat join kami,
Tapi dia selalu di hati… 😉

.

Enjoyed the celebration everyone.

Alhamdulillah… terima kasih Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: