Blog Archives

Amali Ramadan; …doa malam Lailatul Qadar

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

22.7.14; …Salam malam-malam terakhir Ramadhan 1435H.

Hanya sekadar perkongsian utk mengingatkan aku (& kamu jugak).

“Ya Allah… bulan Ramadhan yg mulia ini semakin menghimpit ke penghujung. Rindu pd malam-malam yg penuh rahmat telah mula menjejaki hati ku. Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, kedua ibubapaku, adik-adikku, kaum kerabatku, guru-guru & sahabat-sahabatku serta saudara-saudara muslimin ku sekaliannya. Jadikanlah kami hambaMu yg mendpt keampunan & rahmat utk terus istiqamah selepas Ramadhan yg mulia ini meninggalkan kami. Amin.”

Salam Lailatulqadr sume ‚ô•
…bila aku rajin menulis (“,)

Post via WordPress for Android

Advertisements

Amali Ramadan; …Dermawan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

20.07.14; … Salam Ramadhan ke 23 ūüôā

First of all… aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah kpd semua ahli keluarga mangsa yg terkorban dlm nahas MH17 baru-baru ini. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah Maha Besar. Al-Fatihah.

 

Huh… pejam celik pejam celik! Dah masok baki-baki malam terakhir Ramadhan. Apakah persediaan kita di penghujung bulan mulia ini?? Rasanya sekejap sahaja Ramadhan berlalu. Semoga Allah menerima segala ibadah, amalan dan doa-doa kita. Semoga kita dpt memanfaatkan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini dgn mencari Lailaturqadr. Allahuakbar.

 

Berkonsepkan “Amali Ramadhan” pada tahun nih… tak banyak yg dpt aku kongsikan. Kekangan masa dgn pelbagai urusan lain yg lebih utama, aku amat berharap ilmu yg sedikit aku kongsikan hari ni dpt memanfaatkan kita sume. Berbaki 7 hari lagi sebelum kita melangkah masok ke bulan Syawal, masih berpeluang kita utk meraih pelbagai ganjaran hebat drp Allah s.w.t. JOM… amali Ramadhan dgn sifat DERMAWAN.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., katanya, “Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. Jibrail a.s. menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Al-Quran bersama Baginda s.a.w. dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Ya sahabat sume… dermawan itu adalah sifat yg mulia. Ibadah sedekah selain¬†dpt membantu saudara kita yg kekurangan, ia dpt membakar sifat bakhil & sombong yg bertapak dlm diri kita. Pengajaran yg dpt dimanfaatkan serba sedikit utk kita hayati:-

1) Setiap harta benda yg kita perolehi datangnya daripada Allah s.w.t. yg dipinjamkan kpd kita buat sementara utk menguruskannya.
2) Kita tdk mempunyai sebarang harta kepunyaan semasa dilahirkan termasuk seurat benang pon, malah pendengaran, penglihatan, pengetahuan dsb. Allah telah memberikan segala pancaindera yg sempurna serta akal utk kita manfaatkannya ke arah kebaikan & kebajikan.
3) Rasulullah s.a.w. yg telah dijamin Syurga masih bermati-matian bertadarus & bersedekah, apatah lagi kita umat Baginda s.a.w. yg tiada sebarang jaminan pelepasan dari azab.
4) Allah s.w.t. mencintai setiap dermawan. Namun Allah lebih mencintai org2 yg tdk berkemampuan tetap bersifat dermawan.
5) Org yg bijaksana ialah mereka yg mampu menghidu peluang memaksimakan keuntungan pulangan pelaburan mereka ketika “berurusan” dgn Allah s.w.t.

Semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan kali ini, biarpon berbaki beberapa hari je lg… dgn memperbaiki sifat¬†bakhil & kedekut dalam diri kita. Ingatlah harta yg kita ada ini bkn milik¬†sebenar kita,¬†sedangkan Allah pemilik sebenar segala yg ada di bumi ini sendiri memerintahkan supaya kita menginfakkan harta tersebut. Wa’allahualam.

Semoga dgn perkongsian sedikit ini, dptlah kita melengkapkan hari2 terakhir Ramadhan kita pada tahun ini. Semoga kita istiqamah. In sya Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

Maulidur Rasul; …Lau Kana Bainana Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum sahabat & readers~!

14.1.14; …today is 12 Rabiulawal 1435H.

Salam Maulidur Rasul.

Lau Kana Bainana

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba…

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam….

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

 

Inilah bait-bait rindu kepada Rasulullah yg dilagukan  oleh Abdur Rahman Muhammad dalam bentuk nasyid Arab. Malah ramai penyanyi yg menyanyikan. Version asal dlm bahasa Arab, malah kini di Malaysia dah ada terjemahannya.

Aku?!¬†Bagi diriku yg kerdil ini… terjemahan ini besar hikmahnya. Ia memberi peluang kpd kita semua menghayati maksud indah liriknya. Sedar atau tak…walaupon mendengar dlm versi Arab, mata juga mampu berkaca. Apatah lagi sekiranya mendengar alunan lunak Hijjaz (or) Hafiz Hamidun dlm versi Bahasa Melayu. Ohhh…benar-benar terasa rindu pd Rasulullah s.a.w. Terasa seperti jauhnya tempat aku berada… terasa seperti aku dipintas ramainya org berpusu-pusu berlari ke arah Rasulullah. Ya Allah rindunya aku pada kekasihMu ya Muhammad s.a.w. Kasih sayangnya amat besar pd kami umatnya. Aku mahu bertemu baginda s.a.w. di akhirat nnt.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain…

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kita akan terus istiqamah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. tanpa mengira waktu. Tanamkan azam dalam jiwa kita utk menjadi ummah yg sentiasa mengingati, mengasihi & mencintai Rasulullah s.a.w.  Bahagianya kita pd hari ini adalah kerana kecintaan baginda terhadap umatnya & di akhirat kelak, syafaat baginda jualah yg dpt menyelamatkan kita drp azab Allah yg amat berat. InsyaAllah.

Salam Maulidur Rasul SAW kepada semua. JOM kita berusaha melahirkan kecintaan kita kpd baginda Rasulullah s.a.w hingga ke akhirat kelak. Wallahualam.

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: