Blog Archives

P. Ramlee the Musical; … 2014 is the returns!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

11.10.14; …the Legend Returns!!

The Life, The Loves & The Inspiration… sesuai dgn temanya, pementasan P.Ramlee d’musical SEKALI lagi menghangatkan Panggung Sari, Istana Budaya. Ini merupakan kali ketiga teater muzikal itu dipersembahkan. Dan… ia umpama menjadi persembahan mengimbau kenangan buat Ida & aku 🙂

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

Hah… guest what??! 

Uolls tak pyh nak bulat mata sangat. Korang pon tau yg aku ni mmg kaki teater…. opss minat gile menonton teater~! And… P.Ramlee the musical in year 2007 was my very first time. Itulah kali pertama aku jejak kaki kat Istana Budaya, pentas paling berprestij di Malaysia tercinta ini. Dipendekkan cerita…  “In year 2007… Ida, Mira & aku terkocoh2 merempit dari Labu ke KL dlm jam 6pm. Yelah meredah jams bagai… show was on 8.30pm. Dok atas skali…baru start keje, blom mampu nak spend lebih2 walaupon dok estate je. Balik sampai umah dh jam 1.30am… seram masok estate gelap gelita bagai. Tapi…it was so amazing performance & exciting night”. Is that called mengimbau kenangan??! Yes… it is! 😀

PRTM throwback

.

Keinginan ku tinggi, demi cinta ku pergi.

Kan ku serahkan semua, segala yang ku ada untuknya.

Dari Penang ke Singapura, kan ku jaja suara untuk ku tempa nama di Singapura.

Bait-bait lagu ini masih menggamit aku tatkala mencoret pagi ini. Alunan lagu-lagu lain jgk masih bermain-main di fikiran aku.. so let me tell something about the performance tonite ^^

.

Awesome performance.

First of all… kudos to all casts and the production members. Yeah… it was really amazing performance. Walaupon nyata skali jalan cerita diberikan nafas baru, namun pujian wajar diberikan kpd barisan teraju utama. Boleh aku katakan… (sebenarnya sume org pon tau) yg teraju utama bukan lagi barisan pelakon 2007. Apapon… penghayatan watak serta penampilan Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Datin Seri Tiara dan Lisa Surihani mmg mengujakan. Yeahh.. they were great!

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Remy… Tony mmg seperti jelmaan P. Ramlee. Gaya percakapan, gerak tubuh & penampilannya saling tidak tumpah seperti Seniman Agung itu. Nyanyiannya baik dan mirip sgt dgn P.Ramlee. Huhuhu… cuma pd aku, kehebatan P.Ramlee di pentas mlm ini agak tenggelam dek kehebatan heroin-heroin nya.

.

Sally… Nadia Aqilah is the stagebomb! Hahaha…bley tak ioll ckp mcmtu??

Saloma gaya Nadia Aqilah… actually bersahaja. Tapi yg paling memukau adalah kelunakan suara @arikikiki ni. Serious… mmg power beb. Aku kasi all star on the sky utk nyanyian Nadia Aqilah mlmni. Nyanyiannya dgn gaya tersendiri…langsung tak mirip suara Liza Hanim yg terdahulu membawakan watak Saloma in 2007. Yeah… 1st time tgk Nadia di pentas, I’m really blown away. Aku kena akui… she did very well. Congratulation!

.

Nori… Datin Seri Tiara Jacquelina tentu skali tak dpt dinafikan kredebilitinya di pentas. Aku sifatkan penampilannya kali ni bersifat WoW. Yeah… sekali lagi Tiara tak mengecewakan aku di pentas. Ohhh aku rasa “sesuai” watak Norizan di pentas mlm ini dgn gaya Tiara yg sgt slumber. I loike ok~ 😉

.

Jun… what I can say much about Junaidah by her??! Lisa Surihani semakin berani utk tampil berlakon teater. Dan penampilannya kali ini bertambah matang berbanding kemunculan pertama Lisa dalam Tribute Tun Siti Hasmah. Mlm ni aku kagum bila Lisa bole menyanyi live dgn baik. Again… Lisa menari mmg comel, hehehe 🙂

Besides… Dato’ Aznil, Dougles Lim pon mencuit hati.

.

Sentuhan pengarah… bro Pat Ibrahim kali ini ternyata berbeza. Memang kehebatan produksi cukup gah & utuh. Permainan lagu-lagu sepanjang 3 jam itu sudah mampu menerbitkan emosi dlm menyorot kisah Seniman Agong ini. Yeah…aku rasa itulah pertaruhan sang pengarah dlm The Legend Returns kali ni. Apapon… aku mmg terhibur. Aku rasa audience yg penuh seluruh Panggung Sari pon terhibur. Overall performance was awesome.

Remy_Nori

.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

Ida & me really exciting during the show. Sempat jgk kami berseloroh setiap kali bertukar plot. tentu skali kami ter “imbas” moments persembahan 2007. That’s why… we called it The Throwback Show!

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

1 more thing… Fariha & Solah pon join skali kali ni. Aku mmg tukang promo paling berjaya ikut cara sukahati aku! Hahaha…

SAMSUNG CAMERA PICTURES

.

Alhamdulillah… on top of everything, Ida & me spent our Saturday together. Yeah… it’s really great outing day!

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Safe journey babe. Memang best hari ni. Thanks for today. It was really great n I had so much of fun!

~ Ida

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

SuperMokh the musical

Assalamualaikum sahabat & reader~!

9nov 2013; …tribute for the real footballer!

The much-awaited musical theater for this year! Sonoknya hati bukan kepalang…lalalaala. This year entertainment for rewarding myself. Yeah…time for live performance! 😀

super_mokh
Super Mokh sebuah Muzikal ~!

Cerita apa nih?
Mokhtar Dahari, satu nama yg tak perlu diperkenalkan lg dlm arena bola sepak negara. Mendapat jolokan “Supermokh” yg cukup sinonim dgn dirinya kerana ketangkasan serta kelicikan beliau ketika beraksi di padang. Kisah kehidupan seorang lagenda ini telah diterjemahkan menjadi sebuah teater muzikal. Yeah… ia kini sedang dipentaskan di Istana Budaya.

IMG_20131109_145829
Story line?!
Menarik…tentu skali menghiburkan. Aku dah pegi tengok! Mmg kalo ada orang belanja, aku nak pergi tengok SEKALI LAGI!

supermokh3

What I can share, teater dgn sentuhan Hans Isaac & Harith Iskandar ini menyelongkar kisah cinta lagenda bolasepak tanah air SUPERMOKH serta memaparkan keperibadian dan karakter beliau yg mungkin ada antara kita yg tak tahu. Di mana kita nak tahu bahawa beliau seorang yang romantik? Mcmne kita nak tahu percintaan beliau bersama isteri tercinta? Ia juga menceritakan betapa semangat kesukanan dan kekeluargaan itu penting utk mencapai kemenangan.

Memang kagum dan terharu menyoroti kisah hidup lagenda bola sepak yg tak sempat utk aku kenali dia di atas padang. Maklumlah dia bersara di arena bola sepak tanahair pd tahun 1986, aku pd masa tu baru 5 tahun. Tak ingat la kot…!

Performance?!
It’s definitely entertaining.

It was really awesome performance! Great… exciting! The performance, the energy, the stars (of course la!), dancers & choreography, the script, music, voices, songs & lyrics were just unbelievable. Very entertaining! I laughed and enjoyed myself so much!! Berbaloi-baloi  :Lol:

This time, choreography byk dgn tari lenggok gaya pemain bola sepak. Sepak, tendang, tanduk, elak bola dan macam-macam bentuk gerakan atas padang diterjemahkan dlm bentuk tarian yg mengujakan.
Surely aku berpuas hati dgn mutu lakonan dari Awie (last aku tgk dlm Lat Kampong Boy musical), Maya Karin (last in Natrah), Rashidi Ishak (Tun Abdul Razak d’musical), Douglas Lim (the Secret life of Nora), Dina Nadzir dan ramai lagi.

It was an awesome play by Awie & Maya Karin.
Awie kali nih tampil serious. Maklumla bawa watak lagenda yg mmg tegas karektornya dlm dunia bola sepaknya. Rambot dan misai pon dah nmpk iras Mokhtar Dahari, hahaha.

Maya Karin mmg comel dlm wataknya kali nih. Suke mimik muka die dlm setiap scene. You did it well sister 😉

Douglas Lim mmg kelakar abes. Lawak selamba nya mmg pecah perot. Scene menari mmg geli hati. Paling kelakar semasa segmen “pelanduk di belah dua” yg sememangnya bijak menggunakan jenaka dan punch line yg bikin kitaorg sume dlm panggung ketawa. Adorable lah 🙂

supermokh_cast

supermokh_team

Guess what?!!
Ada surprise di ats pentas. Street dance choreography dgn menggunakan cahaya neon. Aku betol2 terpesona dan teruja. They’re tried something new on stage in Malaysia. Sesuatu yg pastinya bukan mudah & gerakan formasi lampu memainkan peranan di mana kita akan jadi asyik menyaksikan permainan cahaya. It was really marvelous! Kudos to Hans Isaac. Memang menjadilah. *thumbup*

IMG_20131110_144629

IMG_20131110_144723Ni la yang aku katakan “surprise” tuh! It’s really exciting 😉

.

supermokh_team1

The dancers! 🙂

.

Overall… aku mmg terhibur dgn jenaka sume which is sometime aku rasa “sinis”kal disampaikan dgn penuh gaya. Kudos Hans Isaac & Harith Iskandar again. Marvelous work after Lat Kampong Boy d’musical (sbb aku tak tgk Lawak ke Der), well done…! 😉 

supermokh

we_super_mokhI had a good time watching it with KakLa, Adah & dikYah 😉

.

we_super_mokh1We’re in Panggung Sari. Fariha & Syida pon join jugak kali nih. Opss… vacant seat tuh for kakLa & Adah.

.

Best… best… best and berbaloi-baloi. It was really enjoyed!

**JOM pakat-pakat pegi tengok. Promote nih…show until 18 November 2013. Jangan lepaskan peluang ini.

supermokh2

…bila aku rajin menulis (“,)

Tun Siti Hasmah; Tribute for the 1st Lady!

Assalamualaikum sahabat & reader~!

10nov 2012; …dari hati seorang perempuan!

The much-awaited play Teater Tun Siti Hasmah opened after so many times postponed! Sonoknya hati bukan kepalang.. .coz this year aku still blom guna-pakai tabung entertainment for rewarding myself. Time for live performance!

T.E.A.T.E.R is my favorite choice of performance!

Tribute?
The teater is based on life story of Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali… wanita Melayu ke-2 mendapat ijazah doktor perubatan. She is the wife of 4th PM , Tun Dr. Mahathir Mohamad. Nak tahu kisah hidup wanita cekal ini…tentu skali susah sbb ia tak ada dijual di mana-mana. Kalo ada pon lebih kepada sumbangannya sbg isteri PM. Dia adalah tulang belakang seorang pemimpin negara yg hebat – itu kita semua tahu!

 

 

Apa yang kita tak tahu…bagaimana wanita besi ini mengimbangi cintanya dan cita-citanya utk memastikan teguhnya dia menjadi tulang belakang pemimpin yg disegani seantero dunia. Aku kagum…! 🙂

 

Mungkin dia tak sehebat Saidatina Khadijah r.a. Namun, kecekalannya, pengorbanannya dan perjuangannya utk terus menyokong suami tercinta adalah suatu yg tiada tolok bandingnya. Ujian Allah pd setiap manusia itu berbeza-beza. Hitungan Allah juga berbeza-beza… jadi jgnlah kita terperangkap dgn khilafnya pandangan mata kita. Aku?? yang baik boleh dijadikan teladan.

 

 

Performance?
Overall performance was great! Eja & Lisa plays awesome role as Dr. Siti Hasmah! Walaupon aku terlihat beberapa adegan yg nmpk kaku… namun penghayatan utk memberikan emosi kpd watak yg diberikan boleh dibanggakan. Kudos to both of u!

 

Aku suka adegan Lisa menari…comel!
Aku suka tgk lakonan Eja…penuh penghayatan!

 

Naskah Erma Fatima tak byk bezanya. Dlu aku datang utk naskah Natrah and tonite for Tribute Tun Siti Hasmah – Erma lebih byk bermain dgn monolog! Indirectly…itulah seni dlm penghayatan dan penceritaan. Reality…kadang2 monolog pjg &  keterlaluan – boring! 😉

 

Lagu-lagu best… walaupon tak dinyanyikan secara live. Aku paham…sbb tu ini bukan musical theater! Aku enjoy! kalo ada jual CD lagu..confirm aku beli. Hehehe 😆
Anyway…great acts from Eja, Lisa, Esma danial, Nazim Othman, Azizah Mahzan, Anne Abdullah, Radhi Khalid, Shanie and supportive team. Bab “perhimpunan UMNO” tuh yg sonok… penjelmaan watak Rafidah Aziz, Sharizat Jalil mmg menghiburkan.

 

 

On top of that…I enjoyed watching with bff – mimie, juju (zura), sue & dikyah and kak anis jugak! Sonok… best… thumb-up!!  :mrgreen:

 

Dah lepas berteater…kita menjamu selera di lewat malam! 😉

It was really enjoyed!

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: