Monthly Archives: March 2012

JOM; Kursus Bahagia dengan Solat, Seminar Bahagia & Membahagiakan

Assalamualaikum kengkawan reader~!

 

31mar 2012; JOM kita merasai bahagia.

Actually…aku just sharing some info yg aku ada utk beberapa program bermanfaat. Manalah tau ada kengkawan yg masih tercari-cari platform utk menambah pengetahuan, atau ada yg berkelapangan & masih terfikir-fikir program utk memenuhkan dairi hujung minggu…JOM kita mengintai peluang utk BAHAGIA 😉

Kursus BAHAGIA dengan SOLAT
Date: 7 April 2012 (Sabtu)
Time: 9.00pg – 6.00ptg
Venue: Balai Islam TNB, Jalan Bangsar (kat Station LRT Putra Abdullah Hukum)

Oleh: Setiyo Purwanto, Pakar Psikologi, Pensyarah Fakulti Psikologi, Universiti Muhammadiyah Surakarta

Fee: RM95, or early bird RM75 (b4 3/4/2012)

Maklumat lanjut

 

Seminar Bahagia dan Membahagiakan: Keluarga

Date: 8 April 2012 (Ahad)
Time: 9.00pg – 5.00ptg
Venue: Auditorium, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Oleh: Prof Dr. Muhaya Mohamad

Fee: RM200 seorang, or RM350 per pasangan

Maklumat lanjut

 

Aku percaya, menjadi impian setiap org utk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan org lain di sekeliling kita. JOM kita sama-sama sertai event ilmu ini agar kita dpt bersama-sama panel berkongsi ilmu mereka utk dimanfaatkan dlm kehidupan kita dlm mendptkan keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah.

 

Hah…ini bukan advertisement hokey. Ini cuma utk berkongsi dgn sahabat sume. Nak ajak readers join skali. JOM :mrgreen:

…bila aku rajin menulis (“,)

…my lens; Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Assalamualaikum sahabat~!

26march 2012; Konvensyen Bidadari Dunia @ PICC!

 

JOM aku share my snapshots in the event.

Konvensyen Bidadari Dunia 2012

.

Remember this, Allah says, “Allah is with you wherever you are” [al-Hadid, 57:4]

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud, “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.” [Riwayat At-Tabrani]

.

(top left to right; Pn Jamilah Samian, Prof Dr. Harlina Siraj, bottom left to right; Ustz Fatimah Syarha, Ustz Zawiah Hassan, Dr. Niki Shuhada)

TQ panel-panel yg hebat… Bidadari dunia yg senior!

“Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.” -Ustazah Fatimah Syarha-


“Sabar itu balasannya syurga. Bersabarlah dengan ketentuan Allah swt.” -Ustazah Zawiah Hassan-


“Wanita bukan hanya di taraf kedua. Kita sebenarnya berjalan seiring dan jika mengambil semangat Saidatina Khadijah, kita tahu bahawa perjuangan Rasulullah turut mendapat sokongan kuat Saidatina Khadijah,” -Prof Madya Dr Harlina Siraj-


“Seorang ibu itu adalah madrasah. Apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul” -Pn. Jamilah Samian-

.

“Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa paras. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu & kepintarannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak & agamanya. Semoga berjaya menjadi wanita yg solehah”

-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-


“Kita tidak akan terputus dari mengingati Allah bila sentiasa mulakan sesuatu dengan Bismillah.”

-Prof Dr Muhaya Muhamad-


‘Nak jadi cantik, anda kena yakin anda cantik bukan dengan rasa anda cantik. Siapa yg tidak kisah akan kecantikan, dia tidak cukup syarat untuk menjadi solehah.’

-Dr Rubiah Hamzah Kulop-

.

Forum fesyen...yes or no?

(left to right; Sis Wardina, Catrina Ros (Pregnant), Pn. Suryati, Datin Zaleha Omar)

“We emphasize so much on our physical self. But Allah says- the best cloth is taqwa. Purify our hearts with taqwa”

-Wardina Safiyyah-

.

Forum titian syurga

(left to right; Pn. Farazila (wife Sham Kamikaze), Sis Irma, Amie Sofie, Kak Nora, Ustz Firuz)

FIKIRKAN sejenak..
Bagaimana jika hari itu aku ditakdirkan pergi menemui illahi? Malaikat Izrail menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku…MATI?

Belum sempatku BERTAUBAT pada Illahi, pastinya dosaku tidak diampuni..merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi..kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi..mampukah aku menahan diri..dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri..

.

special slot... TQ prof Dr. Muhaya & Pn. Jamilah.

Awesome! Me with Datin Zaleha (left) and Dr. Nikki Shuhada (right). We’re in red the warrior 😆

“If we feel complete, we don’t have to show off” -Datin Zaleha Omar-


Seriusly…Datin Zaleha ada karismanya tersendiri. Bila dah bercakap…mmg susah nak berhenti. Syiok gle….!

.

Buddy… Zila from USJ. Great to meet her 😉

.

Mira pon ada gaks… great!

.

WOMEN says...!

 

Thumb ups!

ALHAMDULILLAH 🙂

…bila aku rajin menulis (“,)

Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Bidadari dunia itu adalah ‘Bidadari Impian’ yang punya ‘Cahaya Kemanisan Iman’ yang bersinar indah. Bidadari dunia itu bukan sahaja diangkat sebagai ‘Wanita Penyejuk Jiwa’ idaman para Mujahideen Islam malahan bidadari dunia itu adalah seorang ‘Wanita Berkarisma’ yang tidak gentar untuk menghadapi isu ‘Wanita vs Kerjaya.’ Mereka itu adalah bidadari dunia yang setia menyoal diri akan persoalan ‘Fesyen : Yes or No?’ setiap kali mereka menyarung pakaian takwa ke tubuh mereka kerana mereka tahu apa yg ‘Bahagia dan Membahagiakan’ adalah redha Tuhan, bukan redha insan mahupun redha sang syaitan. ‘Setulus Kasih Ibu’ , setulus itu jugalah qalbu seorang bidadari dunia. ‘Sesucinya Mawar Putih’ , sesuci itu jualah niat mereka membesarkan mujahid dan mujahidah yang bakal lahir daripada madrasah tarbiyah mereka. Bidadari dunia itu adalah bakal bidadari akhirah yang sedar bahawa ‘Solehah itu Indah’ , bahawa tanggungjawab ‘Wanita dan Dakwah’ tiada boleh berpisah kerana apa yang diidam serikandi Islam ini bukanlah dunia dan seisinya yang sekecil cuma tetapi sesuatu yang bisa membawa mereka ke ‘Titian Syurga’-Nya.

[iluvislam.com]

 

24-25mac 2012; Wanita seindah hiasan.

 

Alhamdulillah..! Besarnya rahmat Allah yg memudahkan perhimpunan kami sepanjang hujung minggu lalu di PICC. Konvensyen Bidadari Dunia 2012 anjuran iluvislam.com.my ini merupakan program yg julung kali diadakan di Malaysia. Tambahan pula, program berskala mega ini diterajui oleh gen-Y… salute la!

 

wah... meriahnye bila bidadari berhimpun, alhamdulillah

 

Terima kasih Allah.

 

Keseronokannya masih berbahang di minda aku. Dikala aku mencoret ini (dok menaip bait-bait perkataan)… banyak intipati konvensyen yg membuah2 di minda. MasyaAllah, sukar utk aku luahkan “in a word” betapa besarnya nikmat dpt menempatkan diri dlm majlis ilmu begini. Alhamdulillah.

 

“Mcmne aku boleh join program begini?” soalnya hati 😉

Actually ini bukan utk tanya kat diri sendiri. Tp utk menjwb persoalan org2 sekeliling aku… (bila join program beginilah org tanya. Kalo g konsert org tak tanya pon, hehehe)


What I can share…1st thing in my mind was the opportunity. This was an opportunity to be an excellent! Aku mahu jadi BIJAKSANA… bijak di sana nanti (akhirat). Walaupon aku berfikir-fikir, bercongak-congak… Allah dekatkan aku dgn jalan menuju ke platform ini. Alhamdulillah… nikmat ini besar rasanya. Terima kasih ya Rabbi.

Biarpon sakit kaki aku belom pulih sepenuhnya…keazaman utk menyertai konvensyen ini tak pernah terbatas. Jauh sekali melemahkan semangat aku utk mengisi masa dgn menggapai peluang yg Allah datangkan ini. Allah telah permudahkan perjalanan aku dgn izinNya. And.. guess what?? I’m driving hokey 😉 After 2 months in rest mood…it felt so fresh!!! Kesakitan ini rasa terbenam dek semangat utk berkonvensyen. Aura ilmu lebih hebat hinggakan menjadi penawar kpd segala rasa kesakitan. Seronok..! 😀

 

Back to the story…hehehe

Spt yg aku jangkakan, walaupon diganggu oleh kelemahan yg boleh diperbaiki (di masa akn dtg la)… pengisiannya PADAT & berMANFAAT. Ilmu, tips and pengalaman yg dikongsikan oleh BIDADARI dunia yg senior/veteran tak terbanding nilainya. Dlm ketawa yg mengiringi celoteh penyampaian & usikan nakal panel, mesej yg disampaikan tetap jelas & konsisten. Ia adalah utk ummah wanita… utk kita menjadi du’at yg membantu berjihad ke jalan Allah.

 

JOM aku kongsikan sedikit resepi konvensyen utk kita manfaatkan bersama. Sisters BIDADARI… wanita muslimah semua, kita adalah wanita hebat dengan…

 

1) Beriman; menjaga hubungan kita dgn Allah.

BIla kita menjaga hbgn kita dgn Allah, maka berpeganglah kita kpd al-Quran & as-Sunnah. Kita mentaati semua perintah Allah & menjauhi segala laranganNya. Dan dgn berpegang kpd al-Quran, maka kita akan menjaga pandangan kita, aurat, akhlak dan menjauhi ikhtilat.

2) Berilmu; tekun menuntut ilmu.

Hah…Muslimah kini haruslah bergerak mencari Bidadari Impian terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah s.a.w. Sebagai insan biasa kita tak mungkin dpt menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah s.w.t, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

3) Bijaksana; Solehah itu indah… impian menjadi bidadari syurga.

Ingat firman Allah dalam Surah An-Nur [24:31]

“Katakanlah kepada wanita yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke DADAnya dan janganlah menampakkan perhiasannya”

 

Ada banyak yg aku ingin sama-sama kongsikan dgn semua… tips utk menjadi wanita penyejuk jiwa, tabiat wanita berjaya, bahagia & membahagiakan, fesyen?…oh sungguh tak terhitung ilmu yg ditimba spjg konvensyen ini. Namun banyak lagi yg aku (&kamu jugak) kena belajar. Ilmu Allah ini luas… subhanallah. InsyaAllah aku akan kongsikan tips2 ini dlm coretan yg lain. Semoga aku tak dilupakan. 🙂

 

Bukan setakat ilmu..aku juga dpt bertemu ramai ukhti. Paling indah adalah dpt solat fardhu berjemaah dgn semua sahabat-sahabat konvensyen. Seronok sgt jemaah ramai2 dgn smua sister’s, almost semua ruang dipenuhi utk solat, smpai ke kaki lima pon solat, subhanallah.. Inilah nikmat ketenangan yg indah bila dpt duduk dlm majlis ilmu begini. Best!

 

All above… konvensyen was really beneficial  and I really enjoyed it so much. TQ to team  iluvislam. Semoga usaha kalian semua akan mendapat rahmat drp Allah. Di masa akan datang, pastinya aku akn join program2 imu begini lagi, insyaAllah.

 

Puas! ALHAMDULILLAH.

Seronok bersama BIDADARI dunia di taman syurga ini!

…bila aku rajin menulis (“,)