Monthly Archives: July 2014

Amali Ramadan; …doa malam Lailatul Qadar

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

22.7.14; …Salam malam-malam terakhir Ramadhan 1435H.

Hanya sekadar perkongsian utk mengingatkan aku (& kamu jugak).

“Ya Allah… bulan Ramadhan yg mulia ini semakin menghimpit ke penghujung. Rindu pd malam-malam yg penuh rahmat telah mula menjejaki hati ku. Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, kedua ibubapaku, adik-adikku, kaum kerabatku, guru-guru & sahabat-sahabatku serta saudara-saudara muslimin ku sekaliannya. Jadikanlah kami hambaMu yg mendpt keampunan & rahmat utk terus istiqamah selepas Ramadhan yg mulia ini meninggalkan kami. Amin.”

Salam Lailatulqadr sume ♥
…bila aku rajin menulis (“,)

Post via WordPress for Android

Amali Ramadan; …Dermawan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

20.07.14; … Salam Ramadhan ke 23 🙂

First of all… aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah kpd semua ahli keluarga mangsa yg terkorban dlm nahas MH17 baru-baru ini. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah Maha Besar. Al-Fatihah.

 

Huh… pejam celik pejam celik! Dah masok baki-baki malam terakhir Ramadhan. Apakah persediaan kita di penghujung bulan mulia ini?? Rasanya sekejap sahaja Ramadhan berlalu. Semoga Allah menerima segala ibadah, amalan dan doa-doa kita. Semoga kita dpt memanfaatkan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan tahun ini dgn mencari Lailaturqadr. Allahuakbar.

 

Berkonsepkan “Amali Ramadhan” pada tahun nih… tak banyak yg dpt aku kongsikan. Kekangan masa dgn pelbagai urusan lain yg lebih utama, aku amat berharap ilmu yg sedikit aku kongsikan hari ni dpt memanfaatkan kita sume. Berbaki 7 hari lagi sebelum kita melangkah masok ke bulan Syawal, masih berpeluang kita utk meraih pelbagai ganjaran hebat drp Allah s.w.t. JOM… amali Ramadhan dgn sifat DERMAWAN.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., katanya, “Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. Jibrail a.s. menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Al-Quran bersama Baginda s.a.w. dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Ya sahabat sume… dermawan itu adalah sifat yg mulia. Ibadah sedekah selain dpt membantu saudara kita yg kekurangan, ia dpt membakar sifat bakhil & sombong yg bertapak dlm diri kita. Pengajaran yg dpt dimanfaatkan serba sedikit utk kita hayati:-

1) Setiap harta benda yg kita perolehi datangnya daripada Allah s.w.t. yg dipinjamkan kpd kita buat sementara utk menguruskannya.
2) Kita tdk mempunyai sebarang harta kepunyaan semasa dilahirkan termasuk seurat benang pon, malah pendengaran, penglihatan, pengetahuan dsb. Allah telah memberikan segala pancaindera yg sempurna serta akal utk kita manfaatkannya ke arah kebaikan & kebajikan.
3) Rasulullah s.a.w. yg telah dijamin Syurga masih bermati-matian bertadarus & bersedekah, apatah lagi kita umat Baginda s.a.w. yg tiada sebarang jaminan pelepasan dari azab.
4) Allah s.w.t. mencintai setiap dermawan. Namun Allah lebih mencintai org2 yg tdk berkemampuan tetap bersifat dermawan.
5) Org yg bijaksana ialah mereka yg mampu menghidu peluang memaksimakan keuntungan pulangan pelaburan mereka ketika “berurusan” dgn Allah s.w.t.

Semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan kali ini, biarpon berbaki beberapa hari je lg… dgn memperbaiki sifat bakhil & kedekut dalam diri kita. Ingatlah harta yg kita ada ini bkn milik sebenar kita, sedangkan Allah pemilik sebenar segala yg ada di bumi ini sendiri memerintahkan supaya kita menginfakkan harta tersebut. Wa’allahualam.

Semoga dgn perkongsian sedikit ini, dptlah kita melengkapkan hari2 terakhir Ramadhan kita pada tahun ini. Semoga kita istiqamah. In sya Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

Ya Allah… Ramadhan sudah!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

06.07.14; …Ramadhan Kareem! 🙂

 

Allahuakram.

Fuh, fuhhhhh…bersawang dah blog nih!!! Eh… tp bukan bererti aku terus berhenti. Sedikit menyepi. Sbb tak sempat nk meluangkan masa coret-coret kat cni. Hope readers keep on coming back for my latest entry. Of course I have a lot of stories to keep in my life journal. Some stories dah jadi #backdated daa… hahaha 😀

So…
Semperna kedatangan Ramadhan 1435H tahun 2014 ni, aku nak ucapkan kepada all readers “Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak & menjalani ibadah Berpuasa”. Tak terlambat lagi… (pdhal ni dah masok 9 Ramadhan sudah!). Utk mengingatkan diri sendiri (& kamu jugak), banyakkanlah kita berdoa sepanjang Ramadhan yg mulia ini. Sesungguhnya Allah itulah yg Maha Mendengar lagi Maha Memberi Keampunan.

 

10312457_10152111316276612_2110627702255360361_n

 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”

(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

 

Aku mendoakan semoga kita semua dpt meneruskan Ramadhan pd tahun ini dgn lebih sempurna dari hari ke hari hingga ke penghujungnya. In sya Allah.

 

#footnote :tahun pertama kami sekeluarga menyambut Ramadhan tanpa mama (arwah) tersayang. Ramadhan tahun lalu adalah kenangan indah Ramadhan terakhir bersamanya. “Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa ibuku, tempatkan ibuku dlm kalangan hamba-hambaMu yg beriman, hindarilah dia daripada seksa kubur yg menggerunkan serta Engkau ampunilah dosa-dosanya. Amin.”

 

*aku ada byk kenangan nk coret-coret – ingatkan diri sendiri nih…erk 😉

…bila aku rajin menulis (“,)