Monthly Archives: April 2014

Semporna Trip; …day 2 in Tun Sakaran Marine Park (TMTS)

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

Ohhh…tak abes lagi rupanya cerita aku tentang jalan-jalan Semporna Island kitorg. Wahh… rajin bebenar aku update blog seminggu dua nih. Maklumlah teruja nak coret-coret pasal trip cuti-cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (tetiba plak 😀 ). Iolls rasa mcm dah lama benar tak bercuti… iolls la yg rasa mcmtu. Errr… abaikan!

JOM dengar coret-coret aku!

Nih flash back sket our journey on day 2.

ArungHayat LodgeArung Hayat Lodge

Bergambar sebelum pulang. Ini la teratak atas air kami utk semalaman. Waktu siang takde elektrik… jd malam td beria-ia la aku amek giliran nak charge  camera, henpon etc!

.

bye_MabulBubbye Mabul Island!

.

gelagat

makLang_meGelagat masing-masing sepanjang perjalanan 2 jam. Snap-shooting tuh MESTI. Pemandangan di lautan yg sgt mengujakan. Yang tdo pon ada, yg SELFIE pon sempat gaks… aku la tuh, kehkehkeh  😉

 

Perjalanan drp Pulau Mabul ke Pulau Bohey Dulang lebih kurang 2 jam. Dlm perjalanan kami menyinggah amek food for lunch kat Pulau Bum Bun & fuel diesel kat Semporna jetty. Kemudian barulah kitorg meneruskan perjalanan merentasi lautan ke TMTS.

 

30.3.14; 1.30pm

As told in my last posting… di sebalik outdoor hiking activity in Bohey Dulang Island, the scenery was really amazing. Subhanallah. Mcm tak percaya je… kat Malaysia ada pemandangan indah sebegini. Actually bukan tak percaya… ini ciptaan Allah yg maha besar, cuma tak caya boleh lihat depan mata sendiri. Huhuhu… 😀

bohey

Pulau Bohey Dulang… lihatlah lautan berbias biru-hijau bak kristal. Subhanallah.

boheydulang

Sekitar pulau ini terdapat byk batu karang. Indahnya 🙂

boheyjetty

Jetty, Taman Kima Pulau Bohey Dulang TMTS

jettyfromtop

Jetty from the top 🙂

topboheyLihatlah keindahan semulajadi sekitar Bohey Dulang Island ni. Biarpon terpaksa berpecah peluh mendaki bukitnya… segalanya terubat tatkala melihat sekitarnya drp puncak ini. Macam tak caya je…!

 .

boheytopview

Bonding time at top of Bohey Dulang Island. Look there… beautiful sis 😉

Selesai aktiviti menawan puncak Bohey Dulang, kami tak tunggu lama. Maklumlah masa ibarat berlalu pantas. Ia ibarat membiarkan kami hanyut dlm keindahan lautan luas Yang Maha Esa ini. Tengok jam…wahhh 1.30 ptg. Patot pon perut dah bergendang. Mendaki td dah bakar beratus kalori gaks kan…hihihi  😀

 

Kami terus ke Pulau Maiga… katanya singgah utk bergambar je. Terik matahari memang memanah rasanya. Namun, keterujaan mengatasi segalanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pulau Maiga

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di Pulau Maiga ini…bukan tempat orang bersnorkeling. Ia hanya terdapat perkampungan kecil Bajau Laut shj. Dari Bohey Dulang hanya amek masa lebih kurang 20 minit. Keterujaan mula memuncak bila bot kami semakin menghampiri.

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Exciting snap-shooting! Pantai putih dgn pasir halus mulus… memang teruja oiii 😀

Pulau Maiga… masya Allah, putih melepak pantainya, air biru bak kristal. Menjejakkan kaki ke pantainya… benar-benar mempersonakan. Susah la nak cari kat Semenanjung Malaysia. Subhanallah… uolls kena pergi jejak kaki sendiri, barulah bole rasa apa yg aku rasa. Hohoho… best!

 

me_maiga

Me at Maiga Island. Yay…

we_maigaIsland

horrayyyy… seronoknya 🙂

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bajau Laut kids… syiok sgt dpt gula-gula yer.

bye_maiga

Bubbye kiddo! “Kongsi-kongsi makan gula-gula tuh…” ala-ala wakil rakyat melawat tanah jajahan 😉

Kami berada lebih kurang 20 minit je di sini. Cuma bergambar sekitar pantai (corner 360degree la jgk…pusing abes!). Syok-syok sendiri kitorg bergambar di dlm panas terik. Hanya Allah saja yg tahu betapa panasnya waktu tu… Tapi muka mmg nampak letih la masing-masing.

 

Kemudian terus kami ke stop pit seterusnya, Pulau Sibuan… Masa ni baru ingat nak lunch ooo, perut sudah lapar. Jam pon dh pukul 2 ptg. Adik yg bawa ktorg org ni pon dah lapar jgk sebenarnya. Katanya kami nk bbq lunch lg…! 😀

 

Sibuan_bluery

Pulau Sibuan

SibuanIsland

Di Pulau Sibuan ini… antara tempat orang diving & snorkeling. Ia juga terdapat perkampungan Bajau Laut yg kecil di samping ada office TMTS yg dikawal selia oleh tentera. Dari Maiga hanya amek masa lebih kurang 15 minit je.

Sampai je kat pulau ni… kami dikehendaki melapor diri kat pejabat TMTS. Remember surat kebenaran melawat TMTS yg mesti dibawa in my last posting? Hah…sebenarnya ia adalah surat yg sama la. Our tourist guide je yg uruskan semuanya.

 

bbq_lunch

Aku mmg sejenis yg tak boleh dok diam. Sama-sama dok membakar.

lunch_sibuanIsland

luncheon_beach

BBQ lunch time! Guess what?? Aku bayangkan lunch kitorg hari ni seperti di Pulau Sapi, Kota Kinabalu. Bila sampai pulau makanan dh siap sedia, just tunggu nak makan je. Meleset sangat apa yg ada dlm fikiran aku… rupanya kitorg kena nyalakan api & start membakar ikan sbg lauk utk lunch! Uwaaa… nak nyalakan api, nak basuh ikan & bakar-bakar sume bagai amek masa about half an hour. Terik panas jugak membakar kami…! 🙂

Kami dihidangkan ikan tongkol (atau bajau laut panggil “ikan kayu”) bakar, cencaru bakar & sotong bakar yg dimakan dgn nasi putih sorang sebungkus & kicap org “bajau laut”. Hah…kicap bajau laut nih ialah kicap pekat ditambah cuka, air perahan limau & cili padi ditekan/diracik-racik. Perghhh…memang mengancam rasanya. (Iolls minta maaf la… gambar tak dpt nak amek sbb masing-masing mmg terus makan tak toleh kiri kanan. Bateri camera iolls pon dh critical level, huhuhu)

 

Selesai makan, kitorg ronda-ronda sekitar pantai pulau Sibuan je. Kalo ikot program, kitorg akan bersnorkeling kat sini, tp memandangkan tak de tempat persalinan (toilet pon takde), so mmg membatalkan niat ktorg nak snorkeling. Ermm… kebanyakkan yg dtg diving/snorkeling di sini mmg dh pkai attire yg bersesuaian. Kitorg plak dtg dgn attire hiking lorrr… 😀

me_sibuan

Yay.. me at Sibuan Island. Look the sea… crystal water, surely amazing underwater view!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ronda-ronda Pulau Sibuan. Cantik sangat… Subhanallah 🙂

Lebih kurang pukul 4 petang, kami bergerak balik ke Semporna.. Puas hati dapat tengok sendiri keindahan pulau-pulau sekitar dgn view yang cantik-cantik, memang tak sia-sia. Selain itu kami jgk dpt melihat cara hidup kumpulan etnik Bajau Laut di situ.. Alhamdulillah. Subhanallah.

 

30.3.14; 6 p.m.

Sampai je di jetty umum Semporna, kami terus ke masjid berdekatan. Usai membersihkan diri & solat sume… kami terus bertolak balik ke Tawau. Awalnya plan nak bawa dorang ke Kg. Tampi-Tampi…tp sbb tak tau jalan & Waze application also cannot detect it, we directly went back home & having grand dinner in Tawau.

 

Grand dinner?? Yeah…orang kata kalo tak makan seafood kat Tawau kira tak lengkap lah!

grand_seafoodDinner

Jadi kakLa & me decided to bring them makan kat Restoren Seafood Tawau (Muslim). Mmg ni antara restaurant popular di Tawau.

Menu?! Hah… kitorg order ketam masak asin (telur masin), butter prawn, ikan kerapu 3 rasa, sotong goreng tepung & sayur Cangkuk Manis (or Sabah vege). Memang marvelous la… makan smpai licin. Seronok tgk maklang, paklang, sue, syida & dikyah makan lauk bertambah-tambah. Syukur 😀

 

So..after that, balik & tido. Esoknya kami dah pulang ke KL.

All above…it was really amazing islands hopping trip. Seronok holiday! Hope maklang, paklang, dikyah, sue & syida were enjoying the trip too. Thanks to kakLa for having us.  Terima kasih Allah.

 

Dah abes cerita. 😉

…bila aku rajin menulis (“,)

Semporna Trip; …day 2 in Bohey Dulang Island

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

I’m back… yay, nak sambung cerita cuti-cuti Malaysia kitorang di Semporna Islands. Takot makin lama nnt..makin basi plak cte iolls. Huhuhu… uolls pon tak sabar gaks kan?!! ecececeh…. 😛

 

30.3.14; 8.00 a.m.

This was our day 2.

Hari ni kitorang akan pusing pulau-pulau Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) sekitar Semporna ni. Antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga & Pulau Sibuan. Fyi…jarak perjalanan drp Mabul Island ke TMTS ni lebih kurang 2 jam. Perghh… ibarat drp KL ke Melaka jauhnya perjalanan, hahaha 😀

 

Dok selongkar photos collection ni…rasanya mcm banyak cerita nak coret-coret kat sini. Takot nnt entry aku pjg berjela-jela plak. So… kali ni aku nak cerita adventure trip kitorg ke Pulau Bohey Dulang ni. Thriller…or terrible?! 😉 

 

Yeah..let’s start celoteh!

Mcmne nak cerita pasal Pulau Bohey Dulang ni?! Aku sbnrnya mmg pernah dengar pasal tempat indah ini. Pd mulanya aku tak berapa excited nak ke sini sbb jarang sangat aktiviti snorkeling dilakukan di pulau ni. Tapi bila kakLa ajak aku spend a day hiking kat Pulau Bohey Dulang ni…& kita bole melihat keindahan sekitar pulau TMTS di puncaknya, aku rasa bagai mendapat panggilan pulau plak. Tak banyak arguement…aku OK je. Dan bermodalkan “activity hiking” kat pulau inilah… maka dikyah, syida & sue teruja nak ikot sama. Hehehe… inilah saat-saat yg dinanti-nantikan. 😀

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAWah…after 2 hours perjalanan merentasi lautan, finally we’re arriving at Pulau Bohey Dulang.  Macam tak percaya…. lautnya hijau bak kristal! (Sorry la gambar tak bape nak nmpk water clear like crystal…kita tgk gambar lain nnt) 

.

TMTS register

 

Sampai je kat cni…ktorg kena register dlu. Mmg syarat wajib…. setiap visitor need to register yourself at this entrance office. Btw…if I’m not mistaken, our tourist guide kena bawa surat kebenaran utk melawat TMTS ni. Takde surat ni, bukan Bohey Dulang je korang tak leh jejak, semua kawasan perairan dia pun belum tentu korang boleh masuk!

 

beautiful BoheyKita bergambar dlu sebelum mula hiking! (Iolls mmg sempat je bab bergambar nih)

After everything ready… kitorg kena dgr short briefing by ranger bertugas. Encik apa ntah namanya..(serious aku tak bole recall his name..sorry encik ranger).  Masa briefing nih jugak, ktorg diberitahu..di sepanjang pendakian ini, jgn melatah sekiranya terjumpa dengan ulat gonggok & ular tedung. Perghhh…seram je kan bunyinya!

 

Brape jauh nak sampai puncak?? “Tinggi 300 meter, tapi jalan naik ke atas lebih kurang 600 meter.. tapi boleh la nak buat, kita jalan perlahan-lahan..minggu lepas ada makcik dan pakcik gemuk-gemuk naik, dekat 2 jam baru sampai..ok je diorang” kata Encik ranger. Tersenyum je masing-masing.

Sempat aku mengusik, “Tinggi sket je drp Broga… in sya Allah boleh” 🙂 

 

 

Brape lama?!! “Kebiasaannya lebih kurang 45 minit dah boleh sampai puncak…tapi kita buat ikot kemampuan, jangan terkejar-kejar nak sampai ke atas. Kalo lambat kita tunggu..” ujar Encik ranger selamba.

Masing-masing pakat tgk jam tangan. Uishh…letak benchmark utk diri sendiri la kononnya.

 

Apa lagi?! Hah…sebelum memulakan pendakian, sapa2 nak gi toilet…silakan. Sbb sepjg pendakian nnt tak de RnR. Haahahaha 😀

Dah…JOM hiking!

.

justbeginJust begin… huhuhu!

Ni belum lg menjejak 100m. Mula-mula je dah kena gunakan tali utk panjat ke ats. Perghhh… adventure thrill dah mula dah.

. 

teaser D2Yay… 100m! Termengah-mengah la jugak. Steep gaks kot. Ni baru first 100m. Ada 500m lagi nak mendaki ni. Fuh…fuh…kuatkan semangat!

Tengok tuh…masing-masing laju je. Aku as a team marshall..steady je kat belakang. (Iolls mmg slalu kat belakang bila bab mcmni…)

.

challenge 200mAt 200m… look the jungle track! Memang mencabar… bukan saja licin (sbb mlm td hujan), tp batu-batunya ada yg bergelongsor… so we have to be very careful in every steps.

Posing sempat gaks…

.

bohey300m300 m… sume lebih focus on own steps. Curam kan??

.

Pokok Ara @400m400m… looks my snapshot of Pokok Ara

Pokok Ara nih mencecah hampir 30 m tinggi secara semulajadi. Just nak share some info… ia merupakan pokok asal di Asia tenggara dan selatan sehingga utara Australia.

.

bohey500m500m… kecuraman dah semakin melandai. Maka kami semakin menghampiri ke puncak! tak sabarnya…. 😀

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAFinally… yeah we’re on the top of  Bohey Dulang Island!

.

Bohey Dulang Island

Pulau DulangBohey Dulang Island 😉

Subhanallah! Memang cantik sangat… tak sangka ada pemandangan macam ni kat Malaysia. Serius aku bangga!  Tak tau mcmne nk describe perasaan bila dpt tengok view cantik macam ni dengan mata kepala sendiri. Tak sia-sia rasanya mengharungi segala curam utk sampai ke puncak. Allah yg maha mengetahui.

Share info sket apa yg aku tahu… Taman Marin Tun Sakaran, which is also known as the Semporna Islands Park, comprises of 8 islands— Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Selakan, Mantabuan, Sibuan, Maiga, as well as the Church Reef and Kapikan Reef. Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodhgaya adalah sisa-sisa gunung berapi pupus manakala Sebangkat dan Selakan ialah dua pulau-pulau berlandaskan bukit batu kapur.

.

weonthetopBoheyYay..we did it! 😉

Aku kagum dgn semangat yg ditunjukkan makLang. It was not easy for her to get to the top. Tapi berbekalkan niat & jgk kata-kata semangat drp ktorg.. alhamdulillah. Aku pasti segala kepayahan utk smpai ke puncak terubat bila dpt melihat kebesaran Allah di sekeliling pulau ini.

.

me_bohey

Me 😀

Macam tak caya je… macam mimpi je! Tapi ini betol2 la…aku kat puncak Bohey Dulang Island. Hehehe…

.

wedidit_BoheyPulau Bohey Dulang… kami telah menawan puncak mu!

It tooks us about 2.5hours for completed hiking including mendaki naik…bergambar sakan di puncak & turun kembali.

Alhamdulillah… berkat kesungguhan & keazaman yg tinggi, akhirnya bukan saja aku & kakLa yg smpai ke puncak ni (weolls yg mula-mula plan nak hiking kat cni) …tapi kitaorang sume! Awesome everyone 😉

Ok… disebabkan kitorg tak de plan nak snorkeling kat pulau Bohey Dulang ni serta tak sabar nak menjejak kaki kat pulau-pulau indah lain seperti yg dijanjikan, so kitorg terus beransur meninggalkan Pulau Bohey Dulang. Yeah…dlm masa yg sama, tak sabar gak nak BBQ lunch. Wow…sound amazing, isn’t it??

…..

….

..

.

.

to be continue 😉

…bila aku rajin menulis (“,)

Semporna Trip; …day 1 in Mabul Island

Assalamualaikum sahabat and readers~!

Yeah… H.O.L.I.D.A.Y! Perghh… masih dalam mood holiday lagi nih. Hari ni first day masok office in April, 2014… asal jumpa orang je, kena cerita pegi holiday. Penat gaks nak ulang cerita, tapi sbb mood tak hilang lagi, maka layan…! 😀

 

29.3.14 – 31.3.14; …snorkeling & islands hopping time!!!

Mcmne nak mula cerita?
Ermmm… entry ni maybe akn jadi panjang gile (aku dah bgtau mood holiday tak hilang lg…), sila sediakan minuman/kudapan… hehehehe 🙂

 

Firstly… mcm tak caya je. Kenapa?? Sbb masa AirAsia wat karnival promo kat Paradigm Mall… maklang, paklang, dikyah, sue & syida have decided to join kakLa & me in Tawau on 28-31/3/2014. Aku bukan bermastautin kat Tawau, tapi aku mmg dijadualkan berada di Tawau on that mention date. Air tickets done!

Next was holiday program. Tau aje la, kalo takde plan jalan-jalan dgn dikyah ni, mau naik kebas telinga aku nnt. Yelah… dah keluarkan belanja tiket kapal terbang beratus-ratus (sangat la kan…), takkan dok pusing-pusing cari makan je. Almaklumlah… first time menjejak kaki kat Tawau, mesti nak lihat tempat yg menarik kat sini. So aku & kakLa kenalah buat plan baek punya agar holiday trip kali ini bukan sahaja menyeronokkan tapi mencabar jugak! Hahaha… sound great, isn’t it?

So…let’s photos talk.

 

28.3.14; 12.30 p.m.

SabahHol1

Enjoy time.. after long days working at mills (1 week in Sandakan & 1 week in Kunak), I met kakLa in Tawau. Btw… kakLa yg jemput aku di Promenade Hotel. Yeah, we went for lunch break with the most favorite food in Tawau. Guess what?? Apa lagi… nasi ayam penyet and nasi lalap. This time, kakLa yg pilih tempat makan. Boleh tahan gaks kedai ni, yummy…!
Then, ktorg balik berehat kat rumah kakLa. Apsal kakLa ada rumah kat Tawau?? Btw…jgn salah faham plak, ni rumah sewa. KakLa kena kerja sekejap kat Tawau ni. Sekejap je kalo tak silap aku… (opsss…btolkan kakLa?) Jadi utk trip kali nih… mmg rumah persinggahan dah ada di Tawau. Best kan…hehehehe
Dalam melepak & borak2… ehhh, kena amek kereta plak kat town. Yelah, kitorg ni sume 7 orang…takkan nak sumbat sume naik Picanto comel kakLa tuh. Beg travel aku yg 10kg tuh pon tak muat, ni plak nak sumbat sorang2 yg kalo kecik molek takpe. Aku je dah abes separuh space at back seat…kahkahkah.So, aku berjaya dptkan kereta pinjam-sewa. Alhamdulillah… ada juga hamba Allah bole beri pinjam-sewa keretanya kpd aku sekeluarga. Pinjam-sewa? It’s means kereta tuh aku bole guna sepanjang aku berada di Tawau until 31/3/2014 ni (pinjam) dan aku beri jugak bayaran sebagai ehsan pinjam (sewa with sukahati rate). Transportation in Tawau done!

 

28.3.14; 6.25 p.m.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

They’re arriving in Tawau Airport about 6.25pm. Dah gelap pon kat Tawau waktu tuh. Disebabkan di Sabah ni 1 jam awal dari Semenanjung, pukul 7 mlm ibarat jam 8 mlm. Hujan gaks masa tuh…so mmg lg cepat gelap 🙂

 

After arrival, kakLa & me bawa dorang pegi makan. Tambahan plak memang perut masing-masing dah lapar (naik AirAsia dapat amek bau jelah kalo bajet sgt…). So, they had their 1st dinner kat stalls tepi laut tuh.  Apa ntah nama restaurant tuh, aku mmg tak ingat… (ni pon tempat dinner pertama kakLa during her first trip to Tawau… akulah yg bawa!). Masing-masing pon order la ikot menu yg disediakan. Pelbagai gaks.. sume menu yg dipesan aku tak penah rasa except butter prawn, nasi ayam penyet & kailan goreng. As usual…kalo dah smpai Sabah ni, pekena sayap ayam mesti tak lupa. Aku pon order side dish sayap ayam utk rasa sorang 1. Huhuhuhu.

After dinner…terus je balik rumah. Esok pagi2 dah nak bertolak ke Semporna. Our journey blom start lagi. Ini intro je. 😉

 

29.3.2014; 6.15 a.m.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

The next day, we headed to Semporna about 6.15am, a small town an hours away from Tawau and also the gateway to world’s best dive sites Sipadan, Mabul, Kapalai etc. Macam awal giler kan? Padahal kat Tawau ni dah cerah pon. Cuma pagi ni di Tawau gerimis…and I can say along the way to Semporna hujan renyai-renyai. Dalam hati aku (& kami sume jugak) tak henti-henti berdoa semoga Allah permudahkan percutian kami dengan cuaca yg mengizinkan.

 

SempornaD1a

About 8.30am, we arrived at Pintu Gerbang Semporna. Huhuhu…tak sabarnya! Aku la yg rasa tak sabar sbb dah lama betul tak bercuti. Yes, aku mmg nak sgt bercuti… dlm ertikata lain cuti drp berfikir ttg pelbagai urusan. Hahaha. 😀

At jetty umum… Din dah tunggu kitorg. Yeah, kakLa contact dgn dia utk our trip arrangement ni. Check FB page for more update & details – Kembara Pulau Semporna.

Our program Day 1 was snorkeling & ronda-ronda Mabul Island. 🙂

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAHah…tengok tuh sumenya mcm dah tak sabar nak masok bot. Aku mestilah depan skali… hehe 😉

.

SempornaD1eMabul Island

Cantik kan?? Subhanallah. Teruja aku melihat keindahan ini. Biarpon ini bukan kali pertama aku sampai di Mabul, tapi perasaan tatkala memandang kejernihan kristal di laut ini umpama inilah kali pertama. Wow… 😉

.

SempornaD1f1Inilah gelagat anak-anak kecil di sini. Mereka umpama penyambut tetamu di lautan.

There are all Bajau’s etnic groups staying on the island, mereka ada yg berumah di ats pulau & ada yg berumah dalam bot. The children there own their small little boat (looks right photo), seronok tengok mereka bagaikan merempit di laut. Tak pakai baju plak tu dlm terik mentari. Ermmm… no comment.

.

SempornaD1gWah… sume dah ready for snorkeling activity.

Arung Hayat lodge ni la tempat penginapan kami malam ni. 4 bilik sederet. Alhamdulillah… kemudahan dah bertambah baik. Setiap bilik ada bilik air serta kemudahan asas yg lain spt cermin solek and selesa. I still remember my first time in Mabul year 2010, memang jauh berbeza. Dulu semua bilik takde bilik air, setiap lodge hanya sediakan 2 bilik air & 1 bilik mandi utk dikongsikan dgn semua penghuni yg menginap. Masa tu kira guna pakai konsep “first come, first serve” & long queue mcm cerita ala-ala bujang lapok. Hahaha… tp itu dulu! 🙂

Snorkeling1Snorkeling time. Here we go…

.

Snorkeling2Sempat gaks berposing. Sementara masih belum basah kan…hahaha. Muka pon belum dpt sindrom sunburn. 😀

.

Snorkeling3“Attention please…! Kami akan menunjukkan cara menyapu lotion ini sebelum kita terjun ke laut.” Ini demo cara-cara memakai sunblock lotion, hahaha 😀

My beloved Maklang & Paklang… mmg sporting abes melayan karenah kitorg yg macam-macam ni.

.

Snorkeling4Snorkeling time.

Perghh… nih snorkeling sesi pagi. Terkilan tuh sbb alatan snorkel set yg sepatutnya disediakan tak mencukupi. Jadi ada yg terpaksa turun  tanpa snorkel equipment…so apa bole nampak dlm laut tuh? Ermmm… aku pon tak dapat snorkeling dgn selesa. Snorkel yg aku pakai terlalu kecil menyebabkan aku asyik bersedut air masin je. Uwaaa…

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Tengok tuh…” 

“Mana?”

“Ni hah…”

Wah… sempat jgk korang main tunjuk-tunjuk dlm laut erk. Teruja kan?? Subhanallah… keindahan dasar lautan yg tiada tandingan.

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERALooks… banyaknya ikan kejar Paklang! hahaha… 😀

.

Snorkeling5In my view, Mabul do not really have nice beach but there are great for the underwater view.  Looks… beautiful!

.

Snorkeling8

Snorkeling9

Snorkeling part 1 dah abes… walaupon ada kekurangan equipment, tp kami masih bersemangat. Posing tetap OK.

.

Snorkeling5aAfternoon snorkeling session.

Kali ni kami pastikan pengiring kitorang dapatkan snorkel set yg lengkap. Sebab kitorang tak mahu terlepas peluang menikmati keindahan dasar laut lagi.

Sepatutnya kami akan ke Kapalai Island. Tapi disebabkan keadaan berombak, maka kami just enjoying snorkeling kat area Mabul jugak.

Tengok tuh… dalam air pon sempat selfie – kakLa *bluekkk*

.

RondaMabulRonda-ronda time.

Selepas penat berhempas pulas dengan lautan berombak masa snorkeling td… sementara nak habiskan masa siang, kitorg jalan-jalan pusing kawasan sekitar Pulau Mabul ni. Mula-mula aku plan biarlah aku je yg bawa dorang ronda-ronda kawasan, tp rupa-rupanya adik tour guide kitorg ni dah menunggu nak iringi delegasi kitorg ni. Wah… sound alike VVIP uolls. As what I told them…Mabul Island ni kecik aje. Sebesar 3 padang bola sepak. Kami start pusing melalui SMART (Sipadan Mabul Resort) yg conquer pantai yg cantik sekitar pulau ni. Then..kami melintasi water chalet/bungalows area sebelum masuk ke perkampungan Bajau di sini.

Looks… masa ini la kitorang nak berposing sakan & beramah-tamah dgn kanak-kanak di sini.

.

RondaMe“Beginilah kehidupan msyarakat Bajau Laut di Pulau Mabul. Mereka masih lagi menjalani kehidupan secara conventional. Kanak-kanak masih lagi bermain lompat getah, guli dan konda-kondi, manakala wanita dewasa masih lg melepak tepi tangga dan makan colek2…”

Wahh…ada gaya pengacara program dokumentari Backpackers tak?! kahkahkah (sila jgn meluat…ada aku kisah)

OLYMPUS DIGITAL CAMERASempat gaks berposing di SMART private beach.

.

MabulSunsetSunset di Mabul on 29.3.2014

Lihatlah awan tebal meliputi sebahagian daripada langit senja. Takde rezeki nak melihat ufuk oren di kaki langit. Apapon kami bersyukur…! Subhanallah.

Tengok tuh… anak-anak bajau laut tu dah mula bawak bot diorg ke tengah laut sikit, masing-masing dah amik port utk bermalam. Hari dah nak gelap dah ni…

Fuh…very tiring day. Lps dinner ktorg lepak borak-borak je. Tp dorang sume masok tdo awal… maybe bosan kot. Aku?? TQ kat Sue nak layan bercerita 1001 kisah dgn aku. Tuptuptup dah jam 11 malam. Tak sedar pon, syiok sgt berborak kot, hehehe…

Ok…zzzzzzzz.

30.3.14; 700 a.m.

Our Day 2 was really challenging….nak tau apa program kitorg??!  

teaser D2Kat mana kami mendaki nih?? Berjaya melepasi 100m… apakah kami berjaya smpai ke puncak??

teaser D2aAtau kami berputus asa di tengah jalan??

…..

….

..

.

Nak tahu cerita aku tentang trip kitorang??

Stay tune!

#footnote: iolls dah bagi tau entry ni maybe panjang kan…hahaha 😀 

Syukur Alhamdulillah…seronok!

…bila aku rajin menulis (“,)