Monthly Archives: July 2013

Hiasi Ramadan; …ohh sahur lagi~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

26july 2013; …salam 17 Ramadan 1434H.

Alhamdulillah, sedar tak sedar…hari nih ialah hari Nuzul Quran.

Tahukah apakah peristiwa Nuzul Quran nih? Just a brief sharing on Nuzul Quran… Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada kita umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yg mula-mula diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

 

Hah… itu peristiwa Nuzul Quran. Jom aku share plak peristiwa aku outstation di Keningau, Sabah minggu nih (21-24 July 2013) …cerita apa erk?!

Let’s photos talk…

 

berbuka_1

Hari Sabtu (20/7/2013)… ni la masa nak masak2 utk berbuka. Maklumlah… kalo weekdays mmg tak sempat kot nak balik umah & masak utk berbuka. Tukar selera la bila weekend.

Lauk apa? cer teka…sume tuh lauk favorite! huhu…betol2 mood rajin kan?? hikhikhik 😀

.

outstation

Outstation mood now is switch on~!

Bertuah punya anak kan… aku dok pk “apalah mama & abah nak bersahur masa aku away from home nnt?!” 😉

.

.

.

TAPI…

.

.

.

sahur_lagi2

Nasi goreng JUTA (sempena nama hotel Juta, tempat aku dok kat Keningau nih)

.sahur_lagi3Nasi goreng kampong

.

Rupanya aku yang sempot bila hari-hari bersahur di Keningau dgn menu NASI GORENG! Perghh… aku dok sibok tanya, “Boleh tak saya nak order menu lain utk bersahur?”… respon “maaf cik, kami hanya sediakan 5 menu ini sahaja utk mkn lewat malam (i.e. bersahor la) di sini”. Aiyakkkkk 😮

.

Apa 5 menu tuh? 

Nasi putih + ayam goreng kunyit

Nasi putih + filet ikan masak sweet sour

Nasi putih + daging balck pepper

Nasi goreng JUTA

Nasi goreng kampong

.

Rezeki masing-masing la kan. Hehe… walaupon semua nya menu nasi… aku bersyukur. Ada juga makanan nak dijamah utk bersahur.

Mama & abah?! Alhamdulillah… mereka tetap bersahur seperti biasa. Adalah cerita nya…biarlah rahsia kami sekeluarga.

What I can say in 1 word… Kelakarlah!  😀

This was my first time berpuasa di East Malaysia. Slalunya aku cuba utk planning visit agar aku tak payah outstation jauh2 drp family in Ramadan…but this year mmg tak bole dielakkan. Syiok tuh masa pergi.. bersahur lewat tapi berbuka awal (awal sejam tuh uoll…). Masa balik plak… bersahur awal (jam 3.30 pagi dah makan…) tapi berbuka lewat… uwaaa, kena tahan lah! 😀

Alhamdulillah…everything dalam perlindungan & izin Allah s.w.t.

 

Hari nih…public holiday! So… aku masak-masak utk berbuka puasa. Yummy… yang penting happy fasting 😉

berbuka

Today’s menu was requested by my beloved mama  🙂

Macaroni goreng, sup sayur patola & ikan masak berlada…  & mmg tak kluar ke pasar juadah pon hari ni.

Semoga ibadah puasa kita mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selamat menjalani ibadah berpuasa hingga ke hujung Ramadan semua… amin.

…bila aku rajin menulis (“,)

Hiasi Ramadan; …syioknye bersahur!

Assalamualaikum sahabat & readers!

19july 2013; Ramadan 1434H, Alhamdulillah.

Pejam celik, pejam celik…tanpa disedari sudah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur oleh Allah utk menikmati Ramadan pd tahun ini.

 

Perghh…dalam tempoh ini jugak, aku masih belum sempat berkongsi coretan bersama readers semua. Kalo tahun2 lepas…aku mengisi blog dgn coretan berkala bertemakan “Nikmati Ramadan 1432H” & “Selami Ramadan 1433H”. Tahun 1434H ini..dengan bertemakan “Hiasi Ramadan”, aku akan cuba meluangkan masa mencoret kenangan aku dalam menjalani ibadah sepanjang bulan mulia pd tahun 2013 ni 😉

 

Ramadan kali ni mmg penuh cabaran. Jika tahun sebelum nih, aku boleh agak2 goyang kaki dan utamakan keperluan kerja-kerja yg tak pernah abes… tapi kali ni berbeza sama skali. Hanya Allah yg Maha Tahu. Nevertheless, aku tetap seronok & enjoy my life to the fullest 😀

 

JOM aku share cerita aku dgn kuali & sudip minggu awal Ramadan tahun nih.

Nabi saw. bersabda, “Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.”

[HR al-Tirmizi]

 

Hah… bila cerita bab bersahur, inilah yg paling dinantikan menjelangnya Ramadan.

Sejak aku kecil…mama & abah tak pernah lupa kejutkan kami adik beradik untuk bersahur. Walaupon ada jugak la yg liat nak bangun, tapi aku mesti kena bangun la. Jadi amalan ni telah diserap sebati dlm hidup aku walau di mana jua aku berada. Cewahh…tp mmg betol pon! 🙂

 

Tahun nih…. jeng-jeng!!!
Aku telah mengambil alih tugasan menyediakan juadah bersahur yg selalunya disediakan oleh mama. Wahhh…. sumenya aku siapkan panas drp kuali!

sahur1

Day 1 puasa… masak lauk kegemaran mama & abah. Yummy… favorite aku jugak~! 😀

.

sahur2

Day 2… aku perabih apa je yg ada dalam peti ais. Complete menu set…

.

sahur3

Hah… nih special request from mama & my lil bro. Macaroni goreng jam 3.30 pagi. Alhamdulillah…sakan kami bersahur sambil berborak pagi tuh.

.

sahur4

Siakap masak cili… nih favorite request from my dear sis. Dia siap describe masak berlada jenis cili kasar mcmni. Oklah…layan jer. Lgpon mmg mama slalu masa ikn siakap cili mcmni pon. Wah… 😀

.

sahur5

 Ikan bawal masak kicap & sayur kobis goreng ni mmg complete menu la kan. Sambal kena ada gaks~! Hehehe…

.

Alhamdulillah, walaupon mula-mula aku terpaksa masak sebelum tidor…tapi selepas 3 hari berpuasa, aku lebih selesa tidur awal & bangun awal pagi utk menyediakan sahur buat seisi keluarga. Barulah org kata, “Makan panas-panas…” 😉

 

Nabi saw. bersabda, “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.”

[HR Bukhari]

 

Paling seronok tuh… mama & abah makan smpai abes lauk. How do I feel?! It was great! 🙂

Terima kasih Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

Salam Ramadhan 1434H

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

9july 2013; …marhaban ya Ramadhan.
Just a short note to my silent readers…i wish everyone muslim Happy Ramadhan.  Semoga kita dpt memanfaatkan Ramadhan pd tahun ini dgn melipatgandakan usaha meraih ganjaran hebat drp Allah s.w.t.

Jangan lupa niat sebulan yer…
Jangan lupa niat berpuasa esok jugak…
Jgn lupa setting alarm utk bersahur…

Enjoy fasting ♡
…bila aku rajin menulis (“,)

Posted via WordPress for Anroid